Kerusi PRU 14 Bukan Hak Milik Mutlak PAS – Mat Sabu

matAIDCNews -19/12/16 –Presiden PAN, Mohamad Sabu menafikan kerusi-kerusi pembangkang di kawasan majoriti Melayu-Islam yang bakal dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) adalah hak mutlak PAS.

Menurutnya, tidak timbul istilah kerusi milik PAS kerana sesiapa jua boleh bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

“Apabila Parlimen dibubar, PAS perlu tahu yang tidak ada pihak mempunyai hak mutlak ke atas mana-mana kerusi,”katanya.

Oleh itu, katanya, rakan pembangkang dalam Pakatan Harapan bebas bertanding di mana-mana kerusi berdasarkan persetujuan tersebut.

“Siapa pun boleh bertanding (di mana-mana kerusi), termasuk kerusi di Pekan (milik Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Amanah tetap bertanding di mana-mana kerusi berdasarkan persetujuan yang diputuskan dalam Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, ketika menyampaikan ucapan pergulungan di Konvensyen Amanah Kebangsaan pertama di Shah Alam baru-baru ini, Mohamad Sabu turut memberi isyarat akan meletakkan calon di Kelantan, kubu kuat PAS.

“Kalau PAN tak bertanding, UMNO akan lawan parti lama (PAS), Barisan Nasional (BN) ada harapan cerah menang di Kelantan. Tapi bila PAN bertanding, maka PAN lah pilihan rakyat.

“Tambah pulak Datuk Husam dok rodak tiap-tiap malam, out you go la mereka yang gelar kita dengan berbagai nama,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s