Muktamad : Tiada Kerjasama Dengan DAP & PAN – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Pas tetap berpegang dengan keputusan Majlis Syura Ulama, bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) serta mana-mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam.

Bagaimanapun, tegas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya sedia berbincang dengan mana-mana parti yang menghormati dasar perjuangan Pas.

Kata beliau, Pas tidak akan melatah dengan persepsi songsang pihak tertentu termasuk dakwaan mengatakan parti itu tidak lagi berminat untuk menukarkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Berikutan itu juga, Pas difitnah menerusi media sosial kononnya menerima habuan “dedak”.

“Kita tidak akan melayan provokasi pelampau dari media sosial dan parti lawan yang saban waktu cuba memesongkan berita mengenai Pas.

“Persepsi songsang dan karut ini dibina secara berterusan oleh pihak lawan, tetapi kita tidak melatah, apatah lagi melayan provokasi mereka,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Beliau turut menyentuh mengenai tahaluf dan kerjasama dengan berkata, Pas bersikap terbuka serta lebih berhati-hati dalam menentukan sikap politiknya.

Pada masa sama, katanya, Pas sentiasa tegas dan berprinsip supaya pengalaman lalu tidak berulang.

“Perkara dasar dan prinsip parti kita adalah tetap, manakala cara perubahan yang kita lakukan pula boleh pelbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan Sunnah,” tegas beliau.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, partinya tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam kerajaan BN dengan pendekatan politik matang dan sejahtera.

Pada masa sama, ujarnya, Pas juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam serta umatnya.

“Kita sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negara kita.

“Keputusan di kawasan mana Pas bertanding, sama ada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian serta analisanya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera parti di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.

Menurut Abdul Hadi, Pas tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihan raya pada masa ini.

“Kita juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya. Oleh itu Pas akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai,” katanya. — MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s