Strategi Kit Siang Isytihar Wan Azizah Sebagai Bakal PM Sementara

lim_kit_siang0608a Al-Azharri Siddiq Kamunri – PKR tidak konsisten jadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, 5 situasi;

Situasi 1

Untuk menang persepsi, Lim Kit Siang (LKS) mendahului rakan-rakannya dalam PH/Pribumi dengan menamakan DS Wan Azizah Perdana Menteri sementara dan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri. Kita tahu kedua-dua penama di atas tidak membalas politiking LKS itu, kerana sudah pasti mereka tidak bersetuju.

LKS tahu Muhyiddin mahu menjadi PM, manakala DS Wan Azizah mahu suaminya DS Anwar Ibrahim menjadi PM. Oleh kerana LKS tahu itu, LKS awal-awal memberi gentlemen warning kepada mereka berdua supaya mereka tidak mendahuluinya sebagai pemimpin de facto utama PH.

Situasi kedua

Cita-cita Anwar dan PKR adalah mahu menjadikan Anwar sebagai PM. Saya mendapati Nurul Izzah, Wan Azizah mahupun Saifuddin Nasution yang merupakan orang-orang kepercayaan Anwar sangat lambat menjaga reputasi Anwar dalam permainan persepsi LKS di atas.

Pada pandangan saya, PKR mesti segera menamakan semula Anwar sebagai PM Pakatan Harapan, bukannya Muhyiddin dan Mukhriz. PKR tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan LKS menguasai game tersebut. Mereka tidak sepatutnya membiarkan penyokong melihat PKR tidak lagi konsisten memperjuangkan Anwar.

Situasi ketiga

Saya meramalkan, Muhyiddin dan Shafie akan kembali semula kepada BN dan UMNO selepas PRU14. DS Nazri Aziz sudah pernah menyatakannya dan ada asas yang kuat. Saya juga sudah meramalkan di perenggan ke 8 di sini.

Situasi keempat

Sejak mereka mendekati Pakatan Harapan, rakyat tidak pernah mendengar dari mulut Tun Dr. Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Afdal untuk bersetuju menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kerana sejak 1998, mereka berkempen untuk menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Memang sah mereka tidak mahu Anwar Ibrahim.

Jika begitu, mengapa PKR menerima kerjasama Parti Pribumi? Jawapannya mudah, mereka mahu mendapatkan undi daripada penyokong-penyokong Pribumi, manakala parti Pribumi juga mahu mendapatkan undi dari penyokong-penyokong PH.

Malangnya, mereka gagal meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pilihan Perdana Menteri tanpa perlu dipersoal.

Situasi kelima

Kenyataan Prof Dato’ Dr. Mohammed Ridzuan, VC UNISEL bahawa BN akan menang besar dalam PRU14 di sini sangat berasas. Punca utamanya ialah mereka gagal memuktamadkan Anwar sebagai Perdana Menteri PH.

Sejak Prof Ridzuan mengeluarkan kenyataan di atas, seolah-olah beliau sudah digam untuk bercakap lagi sehingga ke hari ini. Tiada lagi kelibat dan komentar beliau di dada akhbar.

Tambun, Perak.
18 Disember, 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s