Lantik Muhyiddin TPM Sementara, Kit Siang Putus Tanpa Konsensus PH -Saifuddin

AIDCNews -20/12/16 –Keputusan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sementara yang diumumkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak dibuat secara konsensus Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurutnya, PH tidak pernah berbincang untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), itu sebagai calon TPM sementara sekiranya gabungan pembangkang PH-PPBM berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

Walaupun tidak dibincangkan dalam mesyuarat, namun Saifuddin tidak terkejut jika Kit Siang menamakan Muhyiddin sebagai calon TPM sementara berdasarkan ketokohannya.

“Ini kerana saya dapat lihat yang pimpinan PH menghormati Muhyiddin,” katanya kepada FMT.

Pada 16 Dis, dalam satu majlis makan malam anjuran DAP di Dewan Sekolah Han Chian, Bukit Gelugor, Kit Siang mengumumkan Wan Azizah sebagai PM sementara dan Muhyiddin TPM sementara.

“Seperti Mat Sabu sebut tadi, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi calon yang baik untuk Perdana Menteri sementara.

“Saya akan menambah, dengan perjanjian yang dicapai antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada hari Selasa untuk pakatan pilihan raya bagi mengalahkan UMNO/BN dalam pilihan raya umum akan datang, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi calon yang sesuai untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri sementara,”kata Kit Siang.

wan-azizah

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata pencalonan Wan Azizah sebagai PM sementara bersesuaian dengan konsensus PH yang mempromosikan Anwar sebagai bakal PM.

Jelasnya, Wan Azizah akan memangku jawatan itu sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.

“Pandangan Kit Siang itu dibuat dalam kerangka PH. Bagi PH, calon perdana menteri kami adalah Anwar Ibrahim tetapi memandangkan ada kemungkinan yang beliau dibebaskan, justeru tidak dapat bertanding dalam PRU14.

“Maka, timbul idea tentang perdana menteri sementara. Saya kira Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara adalah praktikal kerana ia melanjutkan peranannya yang kini adalah ketua pembangkang, yang dipersetujui secara konsensus PH,” katanya.

Minggu lalu, selepas Mahkamah Persekutuan menolak semakan sabitan kes liwat yang menyebabkan Anwar kekal dipenjarakan di Sungai Buloh selama lima tahun.

Kini, Anwar sedang mengusahakan pilihan lain iaitu memfailkan mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan Diraja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s