Mat Sabu Bela Individu Hina Agong

faizAIDCNews -20/12/16 –Presiden PAN, Mohamad Sabu tampil membela Mohd. Faiz Yusuf, seorang individu yang telah menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata Mohd. Faiz belum bersalah sehingga dibuktikan mahkamah bersalah.

“Jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap peguam-peguam dari Biro Undang-Undang AMANAH (Kanun) akan memainkan peranan dan pembelaan sebaiknya kepada beliau.

“Semoga keadilan dan kesejahteraan dapat ditegakkan,” kata Mat Sabu dalam satu kenyataan.

Kenyataan Mat Sabu itu sekaligus mengesahkan Mohd. Faiz adalah ahli PAN walaupun sebelum ini Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd. Ithnin mendakwa tidak mengenali anak muda itu.

Menerusi status laman Facebooknya, Mohd Faiz dilaporkan telah menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan kata-kata,

“Tidak ada yg salahnya dgn menjadi seorang Agong yg rajin beribadah. Cuma nak cakap, kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak saja jawatan Agong… jawatan Agong ada tanggungjawab horizontal, jawatan ahli ibadah ada tanggungjawab vertical… itu saja, yg hangpa kafirkan aku ni dah kenapa…”

Sabtu lalu, Mohd Faiz memohon maaf dengan menjelaskan status Facebooknya sebelum ini tidak berniat menghina Yang di-Pertuan Agong dan institusi Raja-Raja sebaliknya hanya mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di negara ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagaimanapun berkata, pihaknya akan tetap meneruskan siasatan terhadap Mohd Faiz walaupun beliau telah memohon maaf.

aiman
aiman1
aiman2
aiman3

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s