PAN Melenting PKR Larang Bertanding Di Selangor

pkrKira Ras – Selepas Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei yang menyarankan PAN serta PPBM tidak meletakkan calon di Selangor pada Pilihan Raya akan datang, Khalid Samad yang mewakili PAN dilihat berang dengan kenyataan rakan dalam Pakatan Harapan tersebut.

Khalid Samad tidak menyangka tindakan PKR yang lebih sayangkan PAS di Selangor terpaksa mengenepikan rakan gabungannya sendiri di dalam PH. PKR juga dianggap telah melanggar kesepakatan yang telah dimeterai bersama sewaktu kewujudan gabungan PH.

Seterusnya Khalid Samad menyifatkan kenyataan Shuhaimi sebagai tidak masuk akal selain menegaskan bahawa “Selangor bukan milik PKR.”

Khalid menegaskan bahawa PKR tiada hak untuk menghalang mana-mana parti yang mahu bertanding di mana-mana kerusi DUN dan Parlimen. PKR hanya diberi kuasa untuk memerintah dan kuasa tersebut datangnya dari rakyat dan juga parti dalam gabungan PH.

Selangor bukan milik PKR dan PKR sebenarnya perlu membawa isu ini ke dalam pengetahuan kepimpinan PH untuk dibincangkan.

Khalid Samad juga menyalahkan PKR dalam hal ini dan menggelarkan cubaan untuk PAN dan PPBM tidak perlu bertanding di Selangor adalah satu kenyataan pramatang dan kenyataan seperti ini tidak banyak membantu parti dan penyokong mereka.

Seperti yang kita dedia maklum bahawa hubungan baik Azmin Ali dan PKR Selangor dengan PAS sudah terjalin lama apabila Azmin Ali diangkat dan dilantik untuk menjadi MB Selangor selepas Tan Sri Khalid Ibrahim digulingkan selepas PRK Kajang pada 2014.

Turut dikatakan banyak keputusan Azmin Ali dalam mentadbir kerajaan Selangor selama ini dipengaruhi dengan telunjuk dan idea dari Exco PAS iaitu Ahmad Yunus yang memegang portfolio Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi.

Datuk Iskandar Abdul Samad yang merupakan pesuruhjaya PAS Selangor memang jawatan exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar.

Zaidy Abdul Talib pula sebagai exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Di Selangor PAS memegang 15, DAP turut mempunyai bilangan kerusi yang sama dan PKR sebanyak 13 DUN.

Namun sejak kebelakangan ini, sudah wujud usaha DAP untuk menjatuhkan Azmin Ali kerana setiap cadangan di dalam mesyuarat exco dan di dalam sidang DUN Selangor banyak ditolak oleh Azmin.

Malah terdapat juga kontraktor dan pengusaha pro DAP yang mendapat tender dari kerajaan negeri juga turut ditamatkan dan tidak disambung dengan kontrak yang baru.

Ini menyebabkan DAP marah dan berang terhadap tindakan Azmin Ali dan gerak kerja untuk menjatuhkan MB Selangor itu sudah mula bergerak dan sedang rancak dilaksanakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s