PAS Akan Tolak PKR Jika Bergabung Dengan PAN -Iskandar

AIDCNews -21/12/16 – PAS bertegas akan memutuskan hubungan dan kerjasamanya dengan PKR jika parti keadilan itu bergabung dengan Parti Amanah Negara (PAN), kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Namun, Iskandar berkata hubungan dengan parti keadilan masih boleh diteruskan jika PAN dibubarkan dan semua ahli bekas serpihan PAS itu menyerap masuk menjadi ahli PKR.

“Jika PKR bergabung dengan PAN maka nama PAN akan lenyap dari muka bumi ini jadi tidak ada isu PAN akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

“Tetapi jika PKR bergabung dengan PAN atas nama baru yang ada keahlian PAN, PAS tidak akan kerjasama dengan mereka melainkan ahli-ahli PAN menyertai PKR, maka mungkin ya (PAS bekerjasama dengan PKR),” kata Iskandar yang juga Naib Presiden PAS kepada BNBBC.my.

Beliau berkata demikian berhubung cadangan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang mahu PAN bergabung dengan PKR bagi mengelak PAS terpisah dengan Pakatan Harapan.

“Bergabung dengan PKR ataupun tidak, PAS memang tidak akan sesekali menyerahkan kerusi kami kepada mana-mana parti,” tegas Iskandar lagi.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan PAS akan bertanding di kerusi PKR, jika parti itu gagal ‘mengawal’ rakan kongsinya, PAN daripada mengusik kerusi parti Islam pada pilihan raya akan datang.

“Jika kerusi PAS diusik oleh Amanah (PAN) yang sepatutnya dikawal oleh PKR, maka kita akan bertanding di mana-mana kerusi (PKR) yang kita rasa boleh mendapat kemenangan tipis yang ditandingi oleh PKR.

“Jika berlaku begitu, memang akan berlaku pertembungan walaupun masing-masing berkehendakkan satu lawan satu. Jika PAS lawan BN, maka kita harapkan Amanah tidak bertanding di kerusi PAS,” tegas Mahfodz kepada Antarapos, hari ini.

Mahfodz juga memberitahu, buat masa ini PAS dan PKR saling memerlukan bukan sahaja dari konteks pentadbiran di Selangor sekurang-kurangnya sehingga habis penggal PRU 13.

“Memang kedua-dua pihak masih mengharapkan PKR, begitu juga PKR, walaupun dalam PH, mereka masih kekal dengan PAS. Sekurang-kurang sampailah dalam pilihan raya ini, kita berharap hubungan PAS dengan PKR akan berlanjutan.

“Untuk selepas pilihan raya kita tak dapat nak jangka. Itu ikut kepada prestasi masing-masing,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s