Tun Mahathir & Najib Tak Terlibat Kes Liwat II – Musa Hassan

AIDCNews -21/12/16 –Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam kes Liwat II membabitkan Anwar Ibrahim, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

“Tun Mahathir bukan di belakang Liwat II, siasatan dilakukan oleh pihak polis. Tun Mahathir tidak dipanggil oleh pihak polis,” kata Musa pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menambah semua tuduhan itu hanya bersifat spekulasi tanpa bukti yang sengaja direka cipta untuk mempengaruhi persepsi rakyat.

“Tidak. Dia (Najib) juga tidak terlibat,”katanya.

Musa berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Raja Petra Kamaruddin di laman web Malaysia Today yang mendakwa Mahathir menggunakan dirinya dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memenjarakan Anwar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s