Bukan Anda Yang Tentukan Berita, Sin Chew Beritahu Pejabat Guan Eng

guan-eng-sin-chew-1AIDCNews -22/12/16 –Keputusan mengenai penerbitan laporan berita terletak di tangan akhbar dan bukan bergantung kepada keputusan dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,kata akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran beberapa surat daripada Cheong Yin Fan, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Sin Chew Daily berkaitan isu “akhbar harian (Sin Chew) tidak menyiarkan kenyataan Lim”, atau tidak berpuas hati dengan kenyataan yang disiarkan di halaman serantau sahaja.

Sin Chew berpendapat tuduhan itu adalah tidak munasabah.

“Dalam tempoh lapan tahun yang lalu, sejak Lim Guan Eng mengambil alih jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, publisiti yang diberikan kepada Lim oleh Sin Chew Daily adalah tidak kurang daripada mana-mana menteri-menteri persekutuan.

“Beliau juga adalah biasa di muka depan metro utara (laman serantau) Sin Chew Daily.

“Tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh Pejabat Ketua Menteri sama ada kumpulan setiausaha tidak berfungsi atau bersenjata dengan agenda tersembunyi,”kenyataan Sin Chew dipetik.

Lagipun, kata Sin Chew, kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng merupakan isu lama yang sama dan kandungannya diulang-ulang.

“Para pengarang akhbar itu pasti akan mempunyai hak mutlak untuk membuat keputusan”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s