DAP & PKR Tetap Mahu Bertanding Di Sabah, Tolak Gesaan Lajim

sabahAIDCNews -22/12/16 – Parti pembangkang dari semenanjung Malaysia masih kuat dan popular berbanding parti tempatan di Sabah, jadi tiada sebab tidak boleh bertanding di negeri itu, kata Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong.

“Ini bukan pandangan rakyat (di Sabah). Itu hanyalah pandangan peribadi. Sebagai parti nasional yang sudah lama berkhidmat kepada rakyat, sudah tentu kita lebih banyak mendapat sokongan berbanding parti tempatan di Sabah.

“Kalau ikut keputusan PRU lalu, kita lebih banyak mendapat sokongan. Alasan sebegitu tidak cukup untuk menghalang parti pembangkang dari semenanjung untuk bertanding,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin yang meminta parti-parti pembangkang dari Semenanjung agar tidak bertanding di negeri itu pada PRU akan datang.

Dua hari lepas, Lajim yang juga presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mengulangi gesaannya agar parti-parti tempatan Sabah diberi peluang untuk menewaskan Barisan Nasional berdasarkan pertandingan satu lawan satu.

“Kami bimbang sekiranya parti dari semenanjung seperti PKR dan DAP bertanding di Sabah, sekali gus menyebabkan pecahan undian dalam kalangan pembangkang.

“Situasi itu akan menguntungkan Barisan Nasional,” kata Lajim.

Stephen berkata partinya bersikap terbuka dan sedia kerjasama dengan parti tempatan di Sabah dalam mewujudkan pertandingan 1 lawan 1 di negeri itu dalam PRU.

Bagaimanapun, katanya parti tempatan di Sabah dinasihatkan tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan perlu sentiasa berbincang dengan parti nasional.

“Banyak parti tempatan di Sabah, cakap mahu 1 lawan 1, tetapi semua mahu jadi ‘King’, ketua menteri dan bertanding di semua kerusi.

“Kita boleh kerjasama dengan mereka, tetapi mereka juga mesti adil dan berbincang dalam usaha untuk menumbangkan BN di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar berkata partinya tetap akan bertanding di Sabah kerana mempunyai kekuatan sendiri di negeri itu.

Katanya, isu ini tidak perlu timbul dan sepatutnya parti pembangkang perlu bekerjasama dan tunjukkan semangat untuk menubuhkan kerajaan dan membawa perubahan.

“Kita sudah wujudkan PKR di Sabah selama 18 tahun dan mendapatkan kemenangan di sana.

“Itu pendirian mereka, dan akhirnya kita akan ke meja rundingan dengan parti tempatan di Sabah bagi memastikan 1 lawan 1,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Parti Reformasi Sarawak (Reform), Lina Soo menggesa agar DAP menarik diri daripada bertanding di Sarawak, jika benar parti itu mahu memberi autonomi kepada rakyat Sarawak.

“Jika Lim Guan Eng ikhlas, dia patut melihat hak politik autonomi Sabah dan Sarawak dengan mengeluarkan partinya terlebih dulu dan biarkan parti tempatan melawan Barisan Nasional di 2 negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP pada persidangan tahunan parti itu, di mana Lim menjanjikan autonomi lebih besar kepada Sabah dan Sarawak, selain mencadangkan fahaman persekutuan baharu.

Lina Soo berkata cadangan cadangan ‘persekutuan baharu’ itu bermakna Perjanjian Malaysia yang dibuat dahulu akan dirombak semula, dengan semua penandatangan perlu berkumpul sekali lagi.

“Ia cuma cakap kosong saja. Ini kerana autonomi berada dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), jadi tidak ada sesiapa boleh ‘tawar’ benda yang sudah sedia ada.

“Lim tidak ada bidang kuasa untuk memberikan autonomi, dan dia tidak ada kapasiti menjanjikan apa-apa kepada Sarawak dan Sabah,” katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s