Selepas Premis Jamal, PBT Disaran Roboh Premis Judi & Pelacuran Tanpa Lesen

pemudaMengikuti perkembangan semasa dalam negara beberapa hari kebelakangan ini memperlihatkan betapa nasib rakyat seolah-olah tidak diambil endah oleh kepimpinan negeri Selangor.

Hari ini, resort milik Dato’ Sri Jamal Yunos menjadi mangsa dendam kesumat kerajaan negeri setelah beliau membangkitkan hak dan untung nasib warga Lembah Klang yang seringkali mengalami masalah air seakan-akan tidak berkesudahan.

Tindakan merobohkan premis milik beliau oleh Majlis Daerah Sabak Bernam dilihat umpama dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Bukankah sepatutnya pemilik premis diberikan notis beberapa hari sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

Jika ianya melanggar undang-undang yang ditetapkan, penyelesaian secara berhemah perlu dilakukan dan bukannya dibuat mengikut telunjuk pihak tertentu. Apa yang terjadi hari ini sememangnya memelikkan kerana notis dihantar pagi, sebelah petangnya premis dirobohkan.

Alangkah indahnya jika premis judi dan rumah pelacuran haram yang bertaburan di sekitar Selangor dapat diambil tindakan pantas dan drastik sebegini. Tapi sayangnya premis haram tidak berlesen seperti di pekan Sekinchan dibiarkan saja oleh pihak berkuasa tempatan.

Melihatkan perihal penguatkuasaan tanpa ‘perasaan’ ini, ia akan menjadi kekhuatiran kepada banyak pihak. Kemungkinan rakyat akan menjadi semakin takut untuk bersuara membangkitkan hak dan permasalahan mereka secara umum. Rakyat semakin risau akan kezaliman kerajaan PKR Selangor menggunakan kuasa untuk menindas mereka yang bergelar rakyat di bawah.

Seharusnya kepimpinan negeri bersikap lebih terbuka dan bukan berdendam serta mencari salah rakyat. Kerajaan sebegini seharusnya dikeji.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Pagi hantar notis 14 HARI, tapi petang terus roboh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s