Tun Mahathir Diperlukan Untuk Tumbangkan UMNO -Setiausaha Organisasi DAP

AIDCNews -22/12/16 –Pakatan Harapan memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diyakini dapat mewujudkan momentum untuk menumbangkan UMNO, kata Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook.

Loke bercakap kepada akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siangpau berkata peranan itu pernah dimainkan oleh Anwar Ibrahim yang berjaya meniupkan gelombang anti-UMNO, namun sentimen itu kian pudar dan kini akar umbi UMNO mula bersatu semula.

Justeru, Dr. Mahathir diperlukan menyambung tugas Anwar Ibrahim dengan menggoncangkan UMNO terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Loke berpendapat UMNO tidak akan berpakat secara rasmi dengan PAS dalam pilihan raya akan datang, tetapi akan mengekalkan hubungan mereka yang “kabur-kabur”.

Mengenai persiapan DAP untuk menghadapi pilihan raya, beliau berkata, kempennya masih tertumpu kepada usaha menyakinkan pengundi bahawa masih ada harapan untuk menukar kerajaan persekutuan.

Katanya, perancangan dan penempahan bahan kempen akan dilakukan pada awal tahun depan.

mahathir

Advertisements

One thought on “Tun Mahathir Diperlukan Untuk Tumbangkan UMNO -Setiausaha Organisasi DAP

  1. Astaghfirullah !!!
    Sadarlah wahai Melayu , betapa rapuh dan hancurnya kekuatan dan perpaduan umatmu dalam membenteng dan mengekang asakan musuh bangsa dan agama. Bermuhasabahlah segera sebelum Tragedi Temasek berulang !
    Airmata darah tidak akan mengembalikan segala hak yang engkau miliki hari ini…Bila ia terlepas ke tangan musuh yang ‘datang bertandang’ , berkurunlah engkau sebagai tuan rumah menangisi dan meratapi ‘kehilangannya’…
    Bila sudah menjadi bubur, tiada kepakaran umat manusia untuk mengembalikannya menjadi nasi !

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s