PKR Buat U-Turn, Nafi Larang PAN Bertanding Di Selangor

AIDCNews -23/12/16 –Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie menafi pihaknya telah membuat sebarang keputusan untuk melarang PAN bertanding di Selangor dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) seperti yang dilaporkan akhbar, baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau mengakui ada mencadangkan supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberikan fokus dan tumpuan di kawasan selatan Semenanjung atau negeri-negeri lain yang tidak dikuasai pakatan pembangkang.

“PKR Selangor sangat bersetuju strategi satu lawan satu untuk berdepan BN (Barisan Nasional) dengan menyeru PPBM memberikan lebih fokus dan tumpuan di kawasan selatan Semenanjung atau negeri-negeri lain yang belum dikuasai pakatan (pembangkang).

“Bagaimanapun PKR Selangor akan akur dengan arahan daripada kepimpinan untuk melaksanakan sebarang kerjasama termasuk dalam pembahagian kerusi dengan PPBM,” katanya jepada Utusan Online hari ini.

Laman rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Selangor Kini mengaitkan isu penafian Shuhaimi itu dengan isu cadangan Timbalan Presiden PKR Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mencadangkan agar PKR dan PAN digabungkan.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, cadangan itu perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.

“Bagi saya, kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung). Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi,” katanya.

Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik Azmin berkata, isu pembahagian kerusi hanya akan ditentukan kepimpinan parti di peringkat pusat, manakala pihaknya bersedia memberikan sebarang cadangan bersesuaian secara tertutup.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s