Tun Mahathir Tidak Setuju Pembangkang Umum Nama Calon PM Sekarang

rpkPETALING JAYA: Ada yang akan kecewa sekiranya calon Perdana Menteri pembangkang diumumkan sekarang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga tidak menolak Pakatan Harapan (PH) dan partinya akan bertelagah jika calon bagi jawatan nombor satu dalam pentadbiran negara diumumkan lebih awal.

“Sekiranya kita menamakan calon PM sekarang, akan ada pihak yang akan kecewa dan kami akan saling bertelagah. Buat masa sekarang, kita tidak boleh menamakan calon PM.

“Seseorang (calon PM) itu dipilih berdasarkan sokongan semua pihak (pembangkang), dan bukannya dari satu parti sahaja,” katanya yang ditemui selepas forum yang membincangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), di pejabat Malaysiakini, malam tadi.

Dr Mahathir sebelum ini mengejutkan rakan politik baru PPBM apabila mengumumkan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik menjadi perdana menteri kelak.

Pengumuman Dr Mahathir itu mengundang reaksi pelbagai sehingga beliau terpaksa akur calon bagi kerusi panas itu akan dibincang secara konsensus.

Minggu lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata PH akan meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri wanita pertama sekiranya gagasan berkenaan menang pada PRU14.

Bagaimanapun, Azizah menurut Kit Siang hanya akan ‘duduk’ di kerusi itu untuk tempoh tertentu sahaja sebelum ianya diambil alih suaminya, yang juga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Cadangan Kit Siang disokong Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mencadangkan ‘Langkah Kajang 2’ dilaksanakan bagi membuk alaluan kepada Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri.

Rafizi kemudiannya mengesa pimpinan pembangkang agar berhenti membicarakan isu siapa calon perdana menteri sebaliknya mendahulukan kepentingan rakyat.

Amanah pula merasakan pembangkang perlu menamakan calon perdana menteri sekarang bagi mengelakkan gagasan itu bergaduh di kemudian hari – AP

Advertisements

One thought on “Tun Mahathir Tidak Setuju Pembangkang Umum Nama Calon PM Sekarang

  1. PAN dan PPBM lebih kurang sama. Dua2 gila kuasa. Mereka tak fikir kepentingan pihak lain yg lebih bnyk menyumbang. Kalau PH tewas pd PRU akan dtg mereka tak boleh salahkan parti lain. Mereka yg merumitkan keadaan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s