Akhbar Cina Ramal PAS Selangor Dalam Keadaan Serba Salah

PAKATAN RAKYAT / PPBM / MOUONG BOON TECK – BERIKUTAN perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan Bersatu baru-baru ini, menyebabkan kedudukan Pas Selangor yang menjadi salah satu parti dalam kerajaan Selangor kini semakin serba salah dan tertekan.

Melalui perjanjian itu, Pakatan Harapan dan Bersatu bersetuju meletakkan seorang calon pembangkang sahaja untuk menentang BN, dan kedua-dua parti itu turut bersetuju berunding dengan parti (Pas) yang belum berada di dalam perjanjian ini.

Analisis berita oleh Oriental Daily meramalkan, sekiranya Pas Selangor terus menangguhkan masa untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Harapan dan Bersatu, ia sudah pasti merugikan pucuk pimpinan Pas Selangor, lebih-lebih lagi dari segi pembahagian kerusi pada PRU14.

Akhbar ini menulis, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad dipercayai selama ini menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan, bagaimanapun hasratnya tidak mendapat restu pucuk pimpinan Pas pusat sehingga hari ini.

“Selain itu, keputusan yang masih tidak menentu Pas Selangor ini, akan diambil kesempatan oleh Amanah dan Bersatu. Kedua-dua parti ini akan mendapat sokongan undi daripada kalangan pengundi anti Umno. Apabila berlaku keadaan ini, Pas Selangor seharusnya menyalahkan diri sendiri,” tulis akhbar ini.

Menurut akhbar ini lagi, sekiranya berlaku perlawanan tiga penjuru, ia tidak pernah memihak kepada parti pembangkang. Keputusan pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Jun lalu menjadi contoh paling jelas.

Pas akan menghadapi laluan sukar di kawasan Melayu, sekiranya berlaku pertembungan dengan calon Pakatan Harapan dan BN.

“Tidak dinafikan, Amanah dan Bersatu masih lemah di akar umbinya, namun kerjasama dijalankan kedua-dua parti ini tidak mustahil mampu menarik sokongan daripada segelintir penyokong Umno dan Pas, ditambahkan lagi pengaruh oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kemungkinan pembangkang mampu cipta kejutan di Selangor,” kata akhbar ini.

rok
rok1
rok2
rok3
rok4

Advertisements

One thought on “Akhbar Cina Ramal PAS Selangor Dalam Keadaan Serba Salah

  1. Mmmn…dap parti semua kaum. Tipu je..klu benar, tk perlu lain2 parti. .oleh kerana tu parti keturunan cina, tu sbb kena cari partner…melayu2 dlm dap tu tunggul kayu..selayaknye wat kayu api je….percaya sgt dgn cina dap….ni tanah melayu….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s