Kelicikan Kuan Yew Berpolitik, Melayu Di Singapura Hanya Tinggal Nama

AIDCNews -26/12/16 – Kehebatan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lee Kuan Yew berpolitik, Melayu di Singapura kini hanya tinggal nama tanpa kuasa, dedah media Indonesia Sans News.

Nama Tun Yusof bin Ishak, Presiden Singapura yang pertama, hanya tinggal di atas wang kertas republik itu, walaupun tiada lagi Presiden republik itu berbangsa Melayu selepas Yusof.

dollar-singapore
presi
presi1

Dedah Sans News dalam rakaman di atas, Kuan Yew yang pernah menjadi Setiausaha Agung PAP selama 38 tahun dan Perdana Menteri Singapura selama 31 tahun telah melakukan pelbagai strategi termasuk memakai songkok untuk menarik undi kaum pribumi Melayu di republik itu.

kuan-yew

“Setelah (Kuan Yew) berkuasa menjadi penguasa seumur hidup di Singapura, menjelang akhir hayat, dia (Kuan Yew) mula tikam belakang (Melayu), anti Islam.

“Dia menyatakan semua agama dan bangsa boleh bersatu dan diterima di Singapura kecuali Islam,” dedah media Indonesia itu.

Pendedahan Sans News itu hampir sama dengan tesis yang pernah dikemukakan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim, pensyarah politik Asia Tenggara dan Politik Islam Universiti Sydney, Australia berkaitan dengan dilema Melayu di Singapura.

Dr Lily Zubaidah merupakan anak saudara kepada Yusof Ishak (1910-1970), Presiden Melayu pertama dan terakhir di Singapura dari tahun 1965 hingga 1970.

Selanjutnya, sila baca “Dr Lily Zubaidah : Masa Depan Melayu Singapura & Malaysia“, “Ketika Saya Dibesarkan Di Singapura – Dr Lily Zubaidah“, “Kedudukan Melayu Semakin Terpinggir Selepas 23 Tahun Singapura Menjadi Republik -Dr Lily Zubaidah” dan “Dr Lily Zubaidah : Undang-Undang Termaktub Dalam Perlembagaan Sahaja Tidak Mencukupi”

Advertisements

One thought on “Kelicikan Kuan Yew Berpolitik, Melayu Di Singapura Hanya Tinggal Nama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s