Kesilapan Teknikal Hanya Alasan Singkir Saya Ketua Srikandi, Kata Anina

shahruddin-md-salleh-anina-1-1AIDCNews -26/12/16 –Anina Saadudin menolak dakwaan berlakunya kesilapan teknikal dan menegaskan ia hanya alasan untuk menyingkirkan dirinya daripada terus memegang jawatan Ketua Srikandi PPBM.

“Kesilapan teknikal hanyalah satu alasan,” kata Anina kepada The Star Online.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mendakwa bahawa majlis angkat sumpah jawatan Anina sebagai PPBM pada 2 November lalu adalah ‘kesilapan teknikal’.

Shahruddin merupakan bekas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik menjadi Setiausaha PPBM pada 6 Okt lalu.

Anina ketika ditanya sama ada beliau percaya sudah dibuang dari kedudukannya, Anina menjawab: “Ya, itulah yang saya percaya, itulah yang saya faham.”

“Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden yang Majlis Presiden tidak mencadangkan saya untuk menjadi Ketua Srikandi PPBM,” katanya.

Anina juga berkata beliau juga tidak mengetahui siapa yang telah menggantikan kedudukannya sebagai Ketua Srikandi.

“Saya tidak tahu siapa yang menggantikan saya bagi kedudukan itu.

“Mereka membuat keputusan itu, mereka seharusnya mempunyai calon untuk menggantikan saya. Mereka sepatutnya lebih tahu,” katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau telah dipecat kerana dakwaan skandal seks, Anina berkata: “Saya tidak tahu.”

Shahruddin dalam kenyataannya hari ini mendakwa sayap wanita PPBM masih belum dibentuk secara rasmi, maka isu penyingkiran Anina sebagai Ketua Srikandi tidak berbangkit.

“Ingin saya menjelaskan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM masih belum menubuhkan sayap Srikandi.

“Menurut Perkara 21 Perlembagaan PPBM, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidangkuasa MPT.

“MPT akan menubuhkan sayap Srikandi dalam masa terdekat setelah segala proses dan prosedur dalaman parti dipatuhi.

“Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian pemilihan Ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah pandangan semua pihak diperolehi,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

muh

Bagaimanapun, kenyataan Shahruddin bercanggah dengan kenyataan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang mengumumkan nama Anina sebagai Ketua Srikandi dalam satu majlis ceramah Bicara Rakyat Bersatu, Muar Johor pada 7 Okt.

Ia juga bercanggah dengan senarai kepimpinan PPBM yang diterbitkan parti itu pada 30 Nov yang mewartakan Anina sebagai Ketua Srikandi PPBM.

idrus

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s