Sah ! Anina Dipecat Ketua Srikandi PPBM

AIDCNews -26/12/16 –Sah ! Anina Saadudin telah dipecat sebagai Ketau Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pengesahan itu dibuat sendiri oleh Anina ketika dihubungi sebuah portal semalam.

Anina berkata, beliau sudah bertanya kedudukannya kepada Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.

“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya.

Sedangkan, Anina mendakwa beliau telah mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu untuk mengesahkan beliau secara rasmi menjadi ketua Srikandi.

Namun, Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor menafikan dakwaan itu dan menegaskan Amina tidak pernah dilantik sebagai Ketua Srikandi PPBM.

“Beliau dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Tertinggi, bukan sebagai ketua Srikandi,” katanya.

Beliau berkata, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pun baru dilantik sebagai ketua pemuda PPBM, Armada.

“Kami perlu tunggu pengerusi dan presiden kemuka cadangan mereka, barulah kita akan buat pelantikan itu,” kata Kamaruddin.

Dalam pada itu, Anina mempersoalkan dakwaan Mukhriz dan Shahruddin yang beliau sekadar “menaja” jawatan itu, manakala barisan pucuk pimpinan PPBM yang diumumkan bulan lalu adalah pelantikan rasmi.

“Parti ini baru berusia 3 bulan, tetapi dipimpin seorang presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman politik.

“Beliau lebih bijak,” katanya secara sinis.

Anina berkata, sekalipun disingkirkan daripada jawatan itu, beliau akan meneruskan perjuangan “dengan atau tanpa kedudukan, dengan atau tanpa parti”.

“Saya berjuang bermati-matian untuk rakyat walaupun ketika berada dalam Umno, malah selepas mereka pecat saya dan meninggalkan saya tanpa parti, dan sebelum PPBM ditubuhkan,” katanya.

idrus

AIDCNews, 20 Dis mendedahkan Anina bakal dipecat Ketua Srikandi PPBM disebabkan skandal seks yang membelenggu dirinya.

Pendedahan skandal seks Anina dilakukan secara terbuka di media sosial oleh aktivis-aktivis PPBM sendiri sebagai justifikasi untuk Anina tidak boleh memegang jawatan tersebut.

Selanjutnya, sila baca “Anina bakal dipecat Ketua Srikandi PPBM ? “

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s