Saya Dipecat Kerana ‘Mesej Skandal Seks Bodoh’ ! – Anina

AIDCNews -26/12/16 –Anina Saadudin mendakwa beliau dipecat sebagai ketua wanita PPBM disebabkan “mesej skandal seks” bodoh yang telah tersebar kepada umum.

“Tetapi, hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya kepada FMT.

“Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini.

Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.

Anina bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.

Jun lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.

Anina berkata, Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya memahami perasaannya sekarang, memandangkan mereka berdua pernah dipecat daripada jawatan tertinggi kerajaan.

“Saya nak tahu jawapan mereka, kemudian barulah saya akan beritahu perasaan saya.

“Dahulu, ketika saya mempertahankan mereka, saya terlupa tanya apa perasaan mereka. Saya hanya tampil mempertahankan mereka tanpa berfikir banyak,” kata Anina.

Baru-baru ini, sebuah blog sebuah blog mengupas secara terperinci berkenaan skandal seks Anina itu.

Selanjutnya, sila klik di sini untuk membaca pendedahan blog tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s