Selepas Anina, Khairuddin Cabar Muhyiddin Juga Perlu Bersihkan Kes Skandal Seks

khai
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu tampil membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal kerana memastikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu kelihatan adil bersih dan saksama, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Bekas ahli PPBM itu berkata selaku presiden parti, Muhyiddin juga tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya daripada isu yang sedang membelenggu imejnya.

“Semua pihak jangan pandang remeh isu ini. PPBM mesti mengambil tindakan proaktif secara bernas untuk mematikan serangan Umno terhadap isu ini pada musim pilihan raya umum kelak. Ini pasti berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Anina Saadudin yang disingkirkan daripada jawatan ketua wanita PPBM, semalam.

Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan itu, namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor.

Anina berkata beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan setiausaha agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.

“Jika Anina tidak dilantik ke jawatan ketua Srikandi PPBM disebabkan viral kes skandal seks beliau; ramai rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan tuduhan kes skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dulu,” kata Khairuddin.

tsmy
tsmy1

Khairuddin yang juga bekas naib ketua Bahagian Umno Batu Kawan berkata demi kebaikan kelangsungan hala tuju PPBM, presidennya perlu membersihkan nama serta imej beliau.

Malah, katanya NGO Jaringan Melayu Malaysia membuat laporan rasmi mengenai kes presiden parti PPBM pada Jabatan Agama Islam Johor.

“Kalau PPBM ingin cemerlang ia bukan saja mesti bersih tetapi juga harus kelihatan bersih.

“Majlis tertinggi parti mesti mengambil pendekatan tegas ke arah membersihkan imej parti yang semakin tercalar kebelakangan ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Harapan harus pertimbangkan untuk menonjolkan calon muka baharu daripada kalangan tokoh pemimpin muda seperti Datuk Seri Azmin Ali sebagai kemungkinan calon untuk jawatan perdana menteri jika barisan pembangkang memenangi pilihan raya umum kelak.

Sementara itu, Datuk Hamidah Osman menolak dakwaan beliau mahu menjadi ketua Srikandi PPBM atau meletakkan adiknya memegang jawatan itu.

Dalam satu kenyataan, Hamidah yang juga naib presiden PPBM berkata mustahil baginya untuk memegang 2 jawatan dalam parti dan adiknya, Hamizura terlalu mentah untuk memegang jawatan dalam PPBM.

“Politik perjuangan dalam PPBM ini sangat besar maknanya kepada negara dan kehidupan kita. Gunakan pentas ini sebaik mungkin dan berjuang kerana agama bangsa dan negara. Jangan diikut perasaan dan nafsu bimbang ia akan menyebabkan kita tergelincir dari landasan perjuangan sebenar,” katanya – FMT

tsmy-anina

Advertisements

One thought on “Selepas Anina, Khairuddin Cabar Muhyiddin Juga Perlu Bersihkan Kes Skandal Seks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s