Anina Pertikai Kewujudan ‘Majlis Presiden’ PPBM

anina-7KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu.

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza.

Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi,” katanya kepada BH, hari ini.

Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan.

Katanya, ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara itu minggu lalu, kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden.

“Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin,” katanya – BH

Advertisements

One thought on “Anina Pertikai Kewujudan ‘Majlis Presiden’ PPBM

  1. Hairan juga mengapa PPBM menyingkirkan org yg berpotensi tp mengekalkan pemikir veteran. Mungkin merasakan imej Syed Saddiq Al Paladum sudah kuat utk tarik golongan muda maka kesudahannya cai Tun M Anina dan Khairuddin ditendang keluar. Bg saya mereka berdua inilah antara yg plg sibuk menghentam kerajaan dr awal lg.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s