Bukti Rakaman Mahu ‘Langgar’ Mukhriz Punca Anina Dipecat Ketua Srikandi ?

AIDCNews -27/12/16 –Satu rakaman mendedahkan Anina Saadudin bersedia untuk ‘melanggar’ Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Langkawi dikatakan punca beliau dipecat Ketua Srikandi PPBM.

Anina dan Mukhriz dikatakan saling berebut kerusi Parlimen Langkawi untuk ditandingi pada PRU 14.

Isu Anina mahu melanggar Mukhriz merupakan satu isu yang terkandung dalam laporan setebal 196 mukasurat yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anina, Haiyan Uqba kepada pimpinan PPBM.

Perkara ini pernah didedahkan oleh Yeop Zed kira-kira seminggu sebelum Anina dipecat Ketua Srikandi PPBM :

Yeop Zed, 18 December at 22:02

HAIYAN ADA BUKTI ANINA MAHU JATUHKAN MUKHRIZ? – SIAPA DALANG ‘BLOCKBUSTER’ 2016

Pendedahan bekas pembantu peribadi Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengenai rancangan membenam karier poltik Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir menambah kehangatan skandal salah laku seks Anina Saaduddin.

Haiyan Uqba yang menaikmuat status di garismasa facebook beliau pada 14 November 2016 cukup memberi signifikasi bahawa memang terdapat perancangan untuk memastikan Mukhriz tidak boleh pergi jauh dalam parti.

“Ketua Srikencing nak langgar DSMM? Mesti korang cakap fitnah kan? Meh jumpa aku..aku bagi dengar sendiri..suara tu kalau korang kenal lah ye”

Haiyan pasti menyimpan rakaman perbualan tersebut dan dijadikan peluru untuk menyerang Anina bersama pendedahan 196 mukasurat yang beliau dakwa sebagai bukti salah laku Anina. Jika rakaman perbualan mampu di simpan oleh Haiyan apakah beliau turut menyimpan rakaman lain berkaitan Anina seperti yang dihebohkan? Bekas pembantu peribadi Anina itu turut mendedahkan beliau mempunyai rakaman perbualan Anina bersama ‘anak ikan’ atau toy boy dan hingga kini Haiyan masih belum mendedahkannya.

Perang besar yang tercetus dalam PPBM bagaimanapun telah menarik minat seorang pemain siber belaan PKR, Ratu Naga atau dikenali sebagai ‘Badak’.

Beliau yang menaikmuat status memerli kepimpinan PPBM serta merendah rendahkan kebolehan cytro PPBM apabila membandingkan ‘kegilaan’ Anina yang mempunyai beberapa pembantu khas walhal beliau bukan seorang Menteri mahupun Ahli Parlimen.

Namun keterujaan Badak mencampuri urusan dalaman PPBM dipercayai ada kaitan dengan kem pro Dato Hamidah dan Hamizura yang dikatakan sebagai dalang utama merancang skandal salah laku seks Anina.

Tidak konsisten dalam pendirian politik, Badak dikenali sebagai ‘mata duitan’ dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat bayaran lumayan dan faktor hubungan baik beliau dengan Hamidah tidak boleh dinafikan.

Cubaan Badak menyerang beberapa akaun facebook dengan melemparkan tuduhan bahawa Umno merupakan dalang kepada beberapa akaun yang turut menyerang Anina, modus operandi ini terlalu mudah untuk di baca pemain siber kerana ianya sering digunakan Badak dalam mengalih isu.

Adakah Badak menerima imbuhan dari kem Hamizura bagi mengalihkan tumpuan serangan dan menyalahkan Umno dalam perang ‘Sabil’ Srikandi PPBM?

Beliau yang turut dikenali sebagai ‘pemuja’ Mukhriz sebelum menyertai PKR sudah tentu tidak mahu karier politik Mukhriz berakhir sekiranya rancangan yang Haiyan katakan berjaya.

Siapa dalang sebenar dalam rancangan serangan salah laku seks Anina? Tidakkah isu ini melemahkan imej PPBM di mata rakyat dan tidak menolak kemungkinan ada parti pembangkang yang terlibat dalam rancangan menjatuhkan Anina.

Adakah Badak dihantar oleh PKR untuk merosakkan lagi imej PPBM atau beliau di minta oleh PPBM bagi membantu serangan terhadap Anina?

Drama ini semakin menarik untuk menjadi salah satu ‘Blockbuster’ terhebat keruntuhan parti yang tidak sampai setahun umurnya sebagai penutup tahun 2016.

Jika Anina yang satu ketika begitu berani mahu menyaman PM Najib serta membacakan talkin untuk Umno, mengapa kali ini beliau menikus apabila skandal salah laku seks beliau menjadi perhatian netizen?

Adakah beliau memang terlibat dalam semua ini termasuk mahu menjatuhkan Mukhriz? Kita tunggu apa kesudahan ‘melodrama’ PPBM.

Advertisements

One thought on “Bukti Rakaman Mahu ‘Langgar’ Mukhriz Punca Anina Dipecat Ketua Srikandi ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s