Isu Anina Perlu Ditangani Secara Baik, Boleh Gugat Parti – Setiausaha Kerja PPBM

Malaysia Dateline – Krisis dalaman membabitkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin jika tidak ditangani dengan baik dilihat akan melemahkan parti itu dan mengundang perpecahan ahli.

Setiausaha Kerjanya Kamarulazman Habibur Rahman berkata kini parti itu yang baru menjangkau tiga bulan penubuhannya itu secara tidak langsung memperlihatkan kelemahan dalam menangani krisis dalaman partinya.

“Saya beranggapan bahawa isu ini gagal ditangani begitu baik.

“Kalau seseorang itu sudah lama berkecimpung dalam politik tidak semestinya bijak dalam politik.

“Mungkin dia pernah pegang jawatan penting dalam politik tetapi dia tidak semestinya orang terbaik menangani sesuatu isu berlaku. Hari ini hakikat itulah yang berlaku.

“Apabila orang lama berpolitik dia memikirkan tindak tanduknya yang terbaik sedangkan tindak tanduknya juga dipersoalkan,” ujarnya kepada Malaysia Dateline tanpa menyatakan siapa yang beliau maksudkan.

Justeru kata Kamarulazman lagi, PPBM tidak lagi sebagaimana diawal penubuhannya dalam mendepani isu-isu berbangkit membabitkan pemimpin dan parti.

“Sebelum ini kita ada ‘sense of direction’ tahu perjuangan dan hala tuju. Apabila keluarkan kenyataan dan ambil tindakan selalunya tindakan itu bertepatan dan boleh menutup segala kelemahan yang dimainkan pihak tertentu.

“Masalah hari ini apabila ramai yang masuk dalam parti ada unsur negatif yang dibawa masuk di kalangan bekas ahli Umno iaitu ‘budaya bunuh membunuh’ terhadap ahli.

“Sedangkan dari awal PPBM mahu ditubuhkan kita cuba lari daripada norma negatif politik yang sentiasa ada di negara ini …bila sudah ramai yang membawa budaya negatif ini sekarang ia tidak boleh dikawal atau sebenarnya berlaku kita tidak bijak kawal keadaan,” ujarnya.

Kamarulazman yang juga Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) ini antara penggerak awal di peringkat ahli akar umbi Umno untuk menyokong kepimpinan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti baharu bersama ahli-ahli yang kecewa dengan kemelut kepimpinan Umno di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi tidak terlibat langsung dalam keputusan dibuat oleh Majlis Presiden itu berkata, adalah perkara yang memeranjatkan apabila Anina tidak terpilih mengetuai Srikandi.

“Apabila saya dengar dia tidak dipilih saya terperanjat kerana dimaklumkan jawatan Ketua Srikandi itu belum ada pelantikan lagi.

“Sedangkan dalam program diadakan semua merujuk Anina sebagai Ketua Srikandi…orang sudah mula curiga bagaimana keluar kenyataan menafikan jawatannya pula,” ujarya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai berkata majlis angkat sumpah Anina pada 2 November adalah ‘kesilapan teknikal’.

“Nampak satu lagi budaya hukuman yang Umno sering gunakan dikenakan kepada ahli PPBM, bukannya budaya mendidik.

“Jika kita fikir ahli bersalah sebelum kita buat sesuatu keputusan siasatan perlu dilakukan kita tidak boleh menghukumnya.

“Adakah budaya menghukum ini diterima pakai dalam politik di dunia hari ini?…yang menjadikan kita sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

“Ini kerana kerosakan dalam parti telah berlaku tanpa sedar . Mungkin cara paling baik bermusyawarah bagai menarik rambut dari dalam tepung…agar tidak menjadi barah pada parti.

“Bila ada pihak yang lebih pandai dari orang lain sedangkan keputusan itu merosakkan ia sudah terlewat,” ujarnya melahirkan rasa kekesalan di atas krisis dalaman PPBM.

Anina minggu lalu terpalit dengan dakwaan skandal seks apabila ‘screenshot’ perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan, tersebar.

Anina juga hanya menjawab ‘tidak tahu’ jika keputusan dibuat Majlis Presiden itu mempunyai kaitan dengan dakwaan skandal seks beliau.

Sambung Kamarulazman lagi Anina harus diberkan peluang bela diri.

“Saya fikir ramai ahli yang bersusah payah dan mengorbankan segala-galanya dari awal untuk berjuang dalam parti. Jadi adalah adil kalau dia diberikan peluang membela diri..adil juga jika diambil kira perjuangan dan pengorbanan dia selama ini.

“Jika kita melayani seseorang yang telah berkorban dengan cara begini, nanti kita akan dilihat sebagai orang yang tidak tahu berterima kasih dan akan berlaku perpecahan jika isu ini tidak ditangani dengan baik,” ujarnya.

Advertisements

One thought on “Isu Anina Perlu Ditangani Secara Baik, Boleh Gugat Parti – Setiausaha Kerja PPBM

  1. Sendiri punya pasal sampai kantoi, lepas tu nak babitkan nama UMNO.

    halo….yang bodoh nya diri kamu sendiri yang semua nya tiada kepimpinan mulia, lantas berlakulah caca marba.

    Tenguklah diri dalam cermin dulu dan jangan nak babitkan UMNO disebabkan kebodohan sendiri.
    La ni baru ada akai kot?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s