Jamal Fail Saman Terhadap Kerajaan Negeri Selangor

jamalAIDCNews -28/12/16 – Syarikat Jamal Jaya Holding Sendirian Berhad milik Datuk Seri Jamal Md Yunos memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan dua pihak lagi kerana menyita dan merobohkan sebahagian resort miliknya yang didakwa bersifat politik.

“Kerana apa saya mempersoalkan bermotif politik, kenapa baru sehari selepas saya menyuarakan masalah rakyat tentang ketiadaan air yang kerap berlaku di Selangor ini, (selepas itu) saya (terus) diambil tindakan.

“Maksudnya, YAB Menteri Besar Selangor telah mengarahkan Majlis Daerah (Sabak Bernam) dan Pejabat Tanah (daerah Sabak Bernam) mengambil tindakan kepada saya,”katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Jamal bersama peguamnya Mohd Nasser Yusof menamakan Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Beliau memfailkan saman itu melalui syarikat Jamal Jaya Holding Sendirian Berhad yang menjalankan perniagaan resort itu di Sekinchan, selaku plaintif.

Dalam pernyataan tuntutannya, Jamal berkata pada 21 Dis lepas, beliau secara simbolik melakukan protes di perkarangan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam berhubung isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku di negeri itu.

Beliau mendakwa tindakan protes itu membuatkan pemimpin negeri itu berang hingga menyebabkan tindakan bersepadu dibuat defendan pertama iaitu dengan menyita dan mengarahkan premisnya ditutup dan meruntuhkan bangunan di kawasan persekitaran premis terbabit pada 22 Dis lepas.

Beliau mendakwa tindakan itu tidak lain adalah kerana ingin membalas dendam serta berniat mala fide terhadap insiden protesnya dan bersifat politik hingga menyebabkan kerugian teruk dan reputasi buruk kepadanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s