Jika Saya Tekan Butang Kunci, Hancur Semua, Kata Anina

ppbm1AIDCNews -28/12/16 – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin memberi amaran agar tidak terlalu ghairah mempermainkan dirinya kerana beliau juga mempunyai rahsia dalaman yang tidak didedahkan kepada umum.

“Kepada mereka yang begitu ghairah bermain dengan kehidupan seorang ibu kepada 3 srikandi hidup saya ini, saya ingin berpesan.

“Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua.

“Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sinun,”katanya dalam Facebook hari ini.

Kenyataan ibu tunggal kepada tiga orang cahayamata itu dipercayai merujuk kepada isu mesej screenshot ‘skandal seks’ dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan yang tersebar kira-kira seminggu sebelum beliau digugurkan daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM.

“Saya sudah cukup baik selama ini. Saya tidak melayan isu sampah, namun pada masa yang sama anda masih sumbatkan sampah ke mulut rakyat.

“Jika benar saya mahu kebahagiaan, saya akan pilih lelaki budiman, bukan sampah yang bertaburan apabila tidak dapat apa yang dihajati. Ingatlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

“Manusia yang budiman tidak akan meroyan apabila bertepuk sebelah tangan. Siang malam melalak kerana dendam hajat tak kesampaian, itu bukan manusia yang baik. Saya sendiri yang tentukan siapa raja yang ingin saya pilih untuk bertakhta di hati saya.

“Saya ingin menjadi permaisuri di hati lelaki budiman, bukan perempuan kepada lelaki bersifat peribadi seperti binatang yang mengamuk umpama serigala gila yang gagal mendapat bunga di taman larangan.

“Diam tidak beerti saya kalah. Kalah juga tidak beerti saya hilang semuanya. Begitu juga jika saya menang, tidak beerti saya dapat semuanya,”katanya.

Baru-baru ini, bekas pembantu peribadi Anina, Haiyan Uqba telah laporan satu laporan setebal 196 muka surat kepada pimpinan PPBM yang mendakwa bekas ketuanya itu seorang pemimpin yang tidak bersih.

“Jika saya berdiri di hadapan Presiden kepada sebuah parti yang berkuasa tanpa gentar, saya juga akan berdiri di hadapan sesiapa sahaja yang kencing perjuangan saya.

“Jika anda tidak tahu erti keadilan, pembelaan dan sifat keperimanusiaan, anda tidak layak duduk di sebelah saya. Salam dari seorang wanita,”kata Anina lagi.

Bukti Rakaman Mahu ‘Langgar’ Mukhriz Punca Anina Dipecat Ketua Srikandi ?

lina
lina1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s