Status Keahlian PAS Mahfuz Mula Dipertikai

mahfuz-coverAIDCNews -28/12/16 –Ekoran pelbagai kenyataan yang dilihat tidak selari dengan parti, status keahlian parti Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mula dipertikai.

Terbaharu, Mahfuz dalam satu kenyataan media secara terbuka menuduh PAS sebagai parti keliru, parti yang makan keliling dan bakal tewas pada pilihan raya akan datang.

mahfuz0

Parti keliru dan makan keliling yang dimaksudkan Mahfuz itu merujuk kepada kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dang Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang memberi isyarat parti Islam itu bersedia untuk membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU 14.

“Saya yakin penerimaan majorati ahli dan penyokong PAS tidak menyenangi terhadap pernyataan sikap terbaru PAS ini sebagaimana yang diumumkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan disokong pula oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,”katanya.

Berbeza dengan kenyakinan Mahfuz, kenyataannya itu hanya disokong oleh majoriti akar umbi Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM.

Namun, bagi majoriti akar umbi PAS di media sosial, mereka membantah kenyataan Mahfuz itu yang disifatkannya sebagai melawan arus kepimpinan parti.

Mereka berpendapat Mahfuz sendiri yang mempraktikkan kaedah makan keliling dan bukannya PAS sepertimana yang didakwa.

Malah, ada di kalangan akar umbi PAS mencadangkan agar Mahfuz tidak dicalonkan lagi bertanding di atas tiket PAS pada PRU 14.

mahfuz

mahfuz1

mahfuz2

mahfuz3

mahfuz4

mahfuz6

mahfuz7
mahfuz8

mahfuz9

Advertisements

One thought on “Status Keahlian PAS Mahfuz Mula Dipertikai

  1. Jangan pecat si talam dua muka mahfuz omar ni.
    Ini kerana dia ingin sangat agar PAS memecat dia agar dia terlepas dari sumpah baiah dan boleh free free masuk parti PAN.
    Oleh itu jangan pecat dia walau apa yang dilakukan nya dan jangan calonkan dia untuk bertanding di atas tiket PAS sehinggalah dia bertaubat.
    Biar dia mati kering akibat bersifat talam dua muka dan hipokrit.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s