Suka Curi Kerusi, Sebab Itu Kami Panggil PAN – Iskandar

AIDCNews -28/12/16 – Parti Amanah Negara tidak layak dipanggil Amanah kerana sikap pimpinan parti itu suka mencuri kerusi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

“Jadi sebab itu kami panggil mereka PAN, kami tak panggil Amanah” katanya ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad yang berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada PRU depan.

Menurut Iskandar, sekiranya PAN menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali akan menyatakan hasrat untuk merampas dan mencuri kerusi milik sekutunya, PKR.

“PAN akan bertanding 40 kerusi dan dia nak bertanding kerusi PKR dan kerusi PAS. Ini dengan sendirinya menunjukkan sikap PAN.

“Sebab mereka bersama dalam Pakatan Harapan. PAN dengan PKR. Tetapi sekarang ini mereka (PAN) nak curi kerusi PKR

“Bermakna, segala apa yang kami cakap sebelum ini tentang PAN adalah benar sama sekali,”katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s