Kerajaan Negeri Selangor Tidak Lulus Permit Resort Sebab Saya Aktivis UMNO – Jamal

AIDCNews -29/12/16 -Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam tidak meluluskan permit kelulusan resort miliknya disebabkan beliau aktivis UMNO.

“(Kerajaan Selangor) telah menghalang Majlis Daerah dan Pejabat Tanah (daripada meluluskan permit resort).

“Selama ini, permohonan yang saya mohon kepada Majlis Daerah (ditolak) kerana saya ini adalah orang UMNO, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

“Jadi permohonan saya untuk mendapatkan lesen tidak dapat kelulusan lagi walaupun sudah lima tahun beroperasi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam selepas mengemukakan fail saman terhadap Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai defendan pertama hingga ketiga.

“Tuntutan saya agar mereka membayar ganti rugi daripada tindakan mereka merobohkan struktur bangunan yang telahpun saya bina lima tahun yang lepas tanpa memberikan notis yang secukupnya kepada saya,”katanya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s