Pakatan Harapan Mahu Anwar Jadi PM – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara ini.

Beliau mendakwa Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai Parti Amanah Negara (PAN) telah lama membuat ketetapan mengenai perkara berkenaan.

“Pakatan Harapan sudah meletakkan kepercayaan terhadap Anwar untuk memimpin negara. Mengapa tidak? Penjara bukan halangan,” dakwanya dalam akaun Facebook beliau yang disertakan poster menyamakan kedudukan Anwar dengan mendiang Nelson Mandela.

Pakatan Harapan yang menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berhadapan konflik berhubung isu siapa calon Perdana Menteri jika parti terbesar Melayu UMNO berjaya ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Penyokong PPBM mahu Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi calon Perdana Menteri, manakala penyokong Pakatan Harapan mahu Anwar atau Lim Guan Eng daripada DAP menjadi Perdana Menteri.

Berikutan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin hanya layak menjadi Timbalan Perdana Menteri sementara sehingga Anwar keluar penjara manakala jawatan Perdana Menteri sementara akan dipilih daripada pemimpin Pakatan Harapan.

Beberapa pemimpin PKR kemudian cuba meredakan isu tersebut dengan meminta supaya isu tersebut tidak dibangkitan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM untuk mengelak kerakusan mereka mahu mendapatkan kuasa lebih terdedah.

Selain itu, usaha Wan Azizah cuba menyamakan kedudukan suaminya dengan mendiang Mandela sesuatu yang melampau kerana Mandela dipenjarakan kerana memperjuangkan anti perkauman, manakala Anwar dipenjara kerana meliwat seorang lelaki lain. –MYNEWSHUB.CC

Advertisements

One thought on “Pakatan Harapan Mahu Anwar Jadi PM – Wan Azizah

  1. Astaghfirullah !!!
    Semoga Allah melindungi kita dari bencana kepemimpinan songsang lagi zolim dan menghalang kecelaruan serta kekalutan seperti itu berlaku…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s