Jangan Tikam Belakang, Pesan PAS Kepada PKR

AIDCNews -30/12/16 – PKR diingatkan agar tidak mengamalkan budaya politik menikam dari belakang, jika parti itu masih ikhlas mahu meneruskan hubungan politik dengan PAS, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Jaga baik-baik hubungan kita, terutamanya kawan-kawan PKR. (PKR) nak berkawan dengan PAN boleh, tapi jangan tolol seperti PAN. Ni saya cakap terus terus, depan Naib Presiden dia (Tian Chua), depan Ketua Pemuda dia (Dr Afif Bahardin)

“Awak (PKR) nak berkawan boleh, kita tak sekat, tapi jangan jadi tolol seperti PAN, benda itu kena jaga.

“Saya bercakap atas kapasiti PAS Kelantan, jaga baik-baik hubungan kita. Kita (PAS) dari dulu hingga kini tidak khianat. Kita tidak tikam daripada belakang. PAS ini, kalau nak tikam, tikam di depan

“Jadi kita harap, (PKR) pun tidak tikam kita dari belakang, jujur dengan persahabatan. Jangan di depan kita (PAS) lain, di belakang (Pakatan Harapan) lain,”katanya semasa menyampaikan ceramah di Karnival Ekonomi Anak Muda Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan memberi pesanan itu kepada PKR itu dalam majlis yang diwakili oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua.

“Jadi kita harap semua pimpinan PKR di Kelantan dan luar menjadi seperti Tian Chua dan bukannya seperti yang beberapa pemimpin (PKR) yang lain.

“Kenyataan mesti sama, baharulah (hubungan) kita erat. Tapi kalau kita (PKR) main politik (dua alam) kaki duduk atas rakit sebelah dan duduk atas pangkalan sebelah, kena sambar buaya. Biar tentu pendiriannya.

“Sebab PAN isytihar, dia akan lawan PAS, jadi saya minta PKR Kelantan mesti setiakawan, ini saya bercakap terus terang,”katanya lagi.

Advertisements

One thought on “Jangan Tikam Belakang, Pesan PAS Kepada PKR

  1. Pas ni mcm org baru putus cinta tapi masih dok whatsapp2 n calling2 pakwe lama dgn harapan mamat tu cancel kawin. Yg kita tau pakwe tu cuma nak main saja dgn Pas. X payah la Pas, make your stand. Bila pkr main dgn Pas, konon rasa diperlukan sedangkan maruah Pas diperkotak katikkan.

    Biar ada maruah, selagi Pas nampak kedahak nak jadi exco sgt kat selangor selagi itu Pas dipermainkan. Pkr pun selama ni hidup atas ihsan Pas bukan sebaliknya. Sampai bila Pas nak sedar, aku pun x paham.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s