Kes Anina : Ezam Mohd Noor keluar PPBM ?

datuk-mohamad-ezam-mohd-norPETALING JAYA: Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kurang 3 bulan menyertai parti itu selepas keluar daripada Umno, menurut sumber yang memberitahu FMT.

Sumber memberitahu FMT, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung PPBM dalam suratnya.

FMT masih gagal menghubungi Ezam bagi mengesahkan perkara itu.

Ia merupakan kali ke-2 PPBM berdepan tindakan ahli keluar parti, selepas Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.

Ezam merupakan antara orang kuat Anwar yang memainkan peranan penting mengasaskan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian dinamakan semula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas bersatu dengan Parti Rakyat Malaysia.

Ezam bagaimanapun menyertai semula Umno pada 2008, dipercayai ekoran perselisihan faham dengan Anwar dan beberapa pimpinan tinggi PKR.

Sumber memberitahu FMT, Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina Saadudin, diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.

Sumber turut memberitahu FMT, lebih ramai aktivis PPBM yang menyertai parti serpihan Umno itu akan mengikut jejak Ezam dan Khairuddin.

“Sebab itu kini PPBM gagal menarik masuk ramai ahli baru kerana parti ini kelihatan seolah-olah milik eksklusif individu tanpa bersikap inklusif,” kata sumber itu, sambil mempersoalkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih “bercuti di Eropah” ketika ahli pembangkang “berjuang di peringkat akar umbi di seluruh negara”.

“Gerak kerja PPBM cukup lemah setakat ini dan tidak memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menjadi ahlinya,” tambahnya – FMT

Advertisements

One thought on “Kes Anina : Ezam Mohd Noor keluar PPBM ?

  1. Apa nak jadi Ezam kotak ni.. Dari dulu saya cukup kagum Ezam kerana gaya pemikir politik yg hebat. Saya rasa bangga bila dia join Umno. Tetapi bila dia pilih ikut Mahathir…. Hilang rasa hormat saya. Bukan hanya kerana memperbodohkan kita ttang cerita kotak2 nya tapi pendirian dia sendiri. Sbg pemikir strategi yg biasa dgn psywar takkan hanya kerana 1 serangan dr ProTun Umno dia sudah goyah? Tuduhan 1MDB takda bukti kukuh. Semuanya bersandar analisa secara andaian yg takda 1 pun dibuktikan. Bila siasat pihak luar skalipun mmg takda apa2. Ini kesilapan terbodoh Ezam. Dia mmg penakut. Saya tak pasti dia masih lagi laku atau tidak selepas ini. Dlm Umno pun dia tak menyumbang. Duit nak.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s