Memang Wujud Pakatan Sulit Antara Tun Mahathir & Kit Siang -Tunku Aziz

mahathir-kit-siangSHAH ALAM: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mendedahkan wujud pakatan sulit antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3 Disember lalu.

Dedahnya, perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah katanya, tindakan Kit Siang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara hanyalah satu cubaan ‘political red herring’ (politik mengalih tumpuan).

Ini kerana, katanya, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui pemimpin itu berhasrat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpinan DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancangan Kit Siang sebenarnya.

“Saya mengetahui pakatan sulit antara Dr Mahathir dan Kit Siang ini daripada sumber boleh dipercayai dan saya jangka kedua-dua pemimpin itu tidak akan mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tunku Abdul Aziz berkata beliau yakin pakatan sulit ini tidak disedari pemimpin pembangkang yang lain termasuk Wan Azizah, Muhyiddin dan pimpinan Parti Amanah Negara.

Katanya, beliau yakin pendedahan ini akan mewujudkan pergolakan dalam kalangan pimpinan pakatan pembangkang kerana mustahil perancangan itu dapat diterima secara konsensus dalam kalangan mereka – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s