DAP Mahu Setiap Agama Nikmati Hak Sama

guan-eng-snapKUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat tuduhan melampau apabila mendakwa sebilangan rakyat negara ini tidak mendapat hak yang sama disebabkan perbezaan etnik dan agama.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa kononnya ramai pihak di negara ini mempersoalkan sama ada mereka yang berbeza agama dan etnik itu perlu patuh kepada pihak tertentu atau dikecualikan daripada arus perdana negara.

“Kita sentiasa dibahagikan mengikut kaum, agama dan latar belakang. Ada rakyat Malaysia diperlakukan supaya berasa rendah diri atau mungkin menikmati kekurangan hak yang sama.

“Hanya kerana berbeza etnik, agama, latar belakang atau makanan yang dimakan tidak menjadikan mereka kurang nilai Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Guan Eng mendakwa seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu menangani membebaskan diri daripada ketakutan untuk menegakkan kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan yang mereka hajati.

Tohmahan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berasas memandangkan hampir setiap kaum di negara ini sedang menjalani kehidupan yang baik termasuk dalam aspek kebebasaan untuk beragama.

Malah, dakwaan bermotifkan politik Guan Eng untuk memburuk-burukkan kerajaan itu tidak bersandarkan realiti iaitu pelbagai jawatan tertinggi dalam kerajaan mahupun swasta di Malaysia di sandang oleh pelbagai kaum.

Pegangan `kek’ ekonomi di Malaysia juga tidak tertumpu kepada kaum tertentu sahaja yang boleh dilihat berdasarkan pemilikan perniagaan dan pengaruh dalam sektor korporat. – Mynewshub.cc

Advertisements

2 thoughts on “DAP Mahu Setiap Agama Nikmati Hak Sama

  1. Ya.. hak x sama la tu.. supermarket di kawasan berapa kerat penganut agama tertentu itu iklankan dan buat hiasan agama itu sebulan dua lagi awal dari perayaan mereka.. padahal negara 2 yg dikatakan majority penganut agama itu pun buat tak heran dgn perayaan itu..lebih sudu dari kuah.

    Like

  2. Patut cina ni humban dlm tong sampah…nk beri hak yg sama dh tentu tk bole..cina bole minum aralk mkn babi..islam tk bole…mat sabu lain la…bole sokmo…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s