Perkasakan Hubungan Antara Agama, Bukan Mahkamah Syariah – Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP mendesak kerajaan mengabaikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah baru-baru ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS itu harus dibiarkan kekal di atas kertas sahaja di Parlimen supaya ia tidak diteruskan di Malaysia.

“Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa Parlimen untuk memperkasakan hubungan antara agama di negara ini berdasarkan Perlembagaan Negara, Perjanjian Malaysia 1963 dan Rukun Negara.

“Kerajaan Malaysia perlu menilai semua cadangan membabitkan agama di negara ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi pada 24 Novewmber lalu membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tetapi penerangan lanjut mengenai usul tersebut ditangguhkan ke sesi akan datang.

Rang undang-undang itu antara lain bertujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Bagaimanapun, usaha PAS itu mendapat bantahan hebat Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP dan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).

DAP menyifatkan rang undang-undang itu strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di negara ini yang disifatkan lapuk dan bakal mengundang bias kepada kaum wanita.

PKR dan PAN pula menyelar rang undang-undang itu kerana dianggap sebagai mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan bukan Islam di negara ini. – mynewshub.cc

Advertisements

One thought on “Perkasakan Hubungan Antara Agama, Bukan Mahkamah Syariah – Kit Siang

  1. Kepada orang Melayu Islam marilah kita fikir dan renungkan bersama, sama ada perkara begini dn beberapa perkara lain yg seumpamanya sudah dijangka akan berlaku oleh para pemimpin dan nenek moyang kita semasa berurusan utk mencapai kemerdekaan negara lebih 60 tahun lalu ?.Atau apakah jika mereka tahu begini jadinya mereka lebih rela utk tidak merdeka secara mudah begitu, asalkan kedudukan Melayu dan Islam tidak akan di ganggu gugat kemudianya oleh sesiapa pun?.Perumpaan Melayu ‘Beri betis hendakan peha’ dan ‘Macam Belanda mendapat tanah’,sudah lama termaktub dalam perbendaharaan pemikiran nenek moyang kita ,namun agak malang jika semua itu tidak terlintas di fikiran mereka akan berlaku semasa bersetuju utk merdeka dulu. Jadi sekarang apakah yg perlu kita lakukan,terima saja aksi mereka memberi tunjuk ajar kepada kita berkaitan dgn ugama kita ,atau kita perlu memperkenalkan semula ,siapa kita di bumi ini.

    nota: Bagi orang Melayu yg kurang arif berkaitan siapakah mereka sebenar nya dibumi ini,elok sekali kalau membaca buku bertajuk ‘Asal Usul Melayu Indoknya di Benua Sunda ‘ hasil tulisan dan kajian Zaharah Sulaiman,Wan Hashim dan Nik Hassan,supaya kita tidak merasa rendah diri bila di tomahkan bahawa bumi ini bukan milik kita.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s