Tugas Kerajaan Selangor Hanya Beri Lesen, Bukan Sita Pusat Judi – Ean Yong

dapAIDCNews -31/12/16 – Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita pusat perjudian kerana tanggungjawab itu hanya terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.

Ean Yong yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata demikian sebagai menjawab gesaan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas kerajaan negeri yang didakwa gagal membendung pusat perjudian berleluasa di negeri itu.

“Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.

“Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis,” kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial dan bukan untuk membuat serbuan.

“Kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian.

“Skop penguatkuasaan kami hanya tertumpu kepada operasi perniagaan yang tanpa lesen,” katanya.

Ean Yong, yang bertanggungjawab terhadap portfolio kerajaan tempatan, berkata pihak berkuasa tempatan sedia bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras aktiviti perjudian haram.

Namun katanya, kekurangan anggota penguatkuasaan majlis tempatan menyukarkan mereka untuk bertindak.

ean

Advertisements

4 thoughts on “Tugas Kerajaan Selangor Hanya Beri Lesen, Bukan Sita Pusat Judi – Ean Yong

  1. Nak main passing passing bola sila masuk FAS. What about doing some DUE DILIGENCE before approving business/commercial permit? Cuma cukup cukup kakitangan untuk kutip wang perlindungan kah? Dasar kerajaan Bangsa Gee Hin/Hai San!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s