Tun Mahathir Main Api Bila Buat Pakatan Sulit Dengan Kit Siang

dapAIDCNews -31/12/16 – Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad bermain api apabila mengadakan pakatan sulit dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang, kata bekas Naib Presiden DAP, Zulkifli Mohd Noor.

Ini kerana ujarnya, DAP sebelum ini pernah mengeluarkan Deklarasi Setapak DAP 1967 yang didakwa boleh menggugat keharmonian antara kaum dan DAP tidak pernah tarik balik deklarasi tersebut.

“Perjanjian sulit patut diumumkan. Sebab kita pun mahu tahu perjanjian tersebut, apakah Dr Mahathir biasa membaca Deklarasi Setapak?

“Deklarasi berkenaan dibuat pada 1967, berkenaan apa itu DAP, apakah perjuangannya. Deklarasi ini sepatutnya dibaca oleh Dr Mahathir. Jika beliau sebagai PM selama 22 tahun dan terlepas pandang siapa itu DAP dan perjuangan pemimpinnya, jika beliau baca kandungannya mungkin Dr Mahathir akan insaf. Bahawa sokongan yang diberikannya terhadap DAP akan memudaratkan negara,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Deklarasi Setapak itu menyebut bahawa DAP mahu ‘memperbetulkan’ prinsip pembangunan negara dalam sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dengan mengelakkan berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti.

Ia juga menyebut bahawa usaha berkenaan perlu ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali atas dasar keinginan dan boleh dilakukan.

Dasar yang diambil DAP menerusi Deklarasi Setapak itu bertentangan dengan salah satu Wasiat Raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang menjamin hak dan keistimewaan kaum Melayu.

Zulkifli berkata demikian sebagai mengulas pendedahan yang dibuat bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada semalam bahawa wujudnya pakatan sulit antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pakatan yang dimeterai 3 Disember lalu menetapkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak adalah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang.
dap-deklarasi

Tunku Aziz juga mendakwa tindakan Kit Siang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara hanyalah satu cubaan ‘political red herring’ (politik mengalih tumpuan).

Ini kerana, katanya, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui pemimpin itu berhasrat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Di sebalik tabir (pendedahan) Tunku Aziz itu mungkin ada kebenarannya. Dan perjanjian sulit sebegini amat berbahaya kepada rakyat kerana ia akan berlaku, dikotakan selepas PRU14, dan akan mendatangkan kejutan kepada rakyat,” ulas Zulkifli lagi.

Mengaitkan Deklarasi Setapak dalam dakwaan pakatan itu juga, Zulkifli yang juga bekas naib presiden DAP berkata Kit Siang akan menggunakan apa sahaja cara dalam ‘menghalalkan’ matlamat politik peribadinya dan parti secara keseluruhan.

“Kit Siang cuba naik ‘tangga’ untuk mencapai Deklarasi Setapak.

“Kit Siang dahulu menggunakan orang Melayu DAP. Selepas Melayu DAP terkubur, beliau menggunakan Anwar, selepas beliau masuk penjara dan masuk penjara sekali lagi, Kit Siang cuba menggunakan Dr Mahathir pula,” ujarnya.

Tunku Abdul Aziz juga yakin pakatan sulit ini tidak disedari pemimpin pembangkang yang lain termasuk Wan Azizah, Muhyiddin dan pimpinan Parti Amanah Negara.

Advertisements

One thought on “Tun Mahathir Main Api Bila Buat Pakatan Sulit Dengan Kit Siang

  1. Masing2 rasa diri pandai dan boleh membodohkan yang lagi satu. Akhirnya yang kasihan adalah rakyat akibat ketamakan dua pemimpin tua ini.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s