Azmin Jangan Lari Tanggungjawab Langsai Hutang – FAS

AIDCNews -02/01/17 – “Jangan lari daripada tanggungjawab melangsaikan gaji dan bonus pemain walaupun selepas melepaskan jawatan,” Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Ibrahim.

Beliau berharap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pengurus pasukan, Amirudin Shari memenuhi janji melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi November serta bonus mara ke final Piala Malaysia 2016.

Rosman berkata persatuan kecewa sehingga kini masalah itu belum diselesaikan, malah cubaan mengatur pertemuan dengan mereka juga tidak diendahkan.

Jelasnya, FAS masih belum menerima surat rasmi daripada Mohamed Azmin dan Amirudin, yang masing-masing mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden FAS dan pengurus pasukan Selangor menerusi kenyataan bersama 2 hari lalu.

“FAS hanya akan mengadakan mesyuarat exco khas bagi membincangkan perkara ini selepas menerima surat rasmi mereka. Pemain-pemain turut telah mengeluarkan kenyataan memohon penyelesaian tunggakan gaji ini dan FAS berharap janji tersebut dapat ditunaikan.

“Pada masa sama, FAS juga berharap isu baki tunggakan gaji bekas ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, yang dipecat Amirudin menerusi SMS (sistem pesanan ringkas), tanpa mengikut saluran, tiada hitam putih dan di luar pengetahuan exco, turut dapat diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Rosman turut menyelar tindakan Azmin dan Amiruddin melepaskan jawatan ketika FAS berhadapan dengan kemelut dalaman sebagai tidak bertanggungjawab.

“FAS ada menghantar surat permohonan mengadakan pertemuan, selain menjemput Azmin menghadiri mesyuarat exco sepanjang 2 bulan lalu namun tidak diendahkan, seolah-olah tidak mempedulikan isu yang dialami FAS.

“FAS turut kesal atas beberapa tuduhan dan label yang dilontarkan kepada kami. Ianya tidak berasas dan bersifat lepas tangan biarpun Azmin melalui Amirudin terlibat secara langsung khususnya dalam pengurusan pasukan,” katanya lagi.

fas

Advertisements

One thought on “Azmin Jangan Lari Tanggungjawab Langsai Hutang – FAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s