Deklarasi Setapak : Jantung DAP Ditikam !

AIDCNews -02/01/17 –Jantung DAP seumpama ditikam apabila bekas Naib Presiden parti itu, Zulkifli Mohd Noor membangkitkan persoalan Deklarasi Setapak.

Beliau membangkitkan isu Deklarasi Setapak sebagai membidas tindakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad bermain api apabila mengadakan pakatan sulit dengan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

“Apakah Dr Mahathir biasa membaca Deklarasi Setapak?

“Deklarasi berkenaan dibuat pada 1967, berkenaan apa itu DAP, apakah perjuangannya. Deklarasi ini sepatutnya dibaca oleh Dr Mahathir. Jika beliau sebagai PM selama 22 tahun dan terlepas pandang siapa itu DAP dan perjuangan pemimpinnya, jika beliau baca kandungannya mungkin Dr Mahathir akan insaf. Bahawa sokongan yang diberikannya terhadap DAP akan memudaratkan negara,” bidas Zulkifli.

Zulkifli yang menyertai DAP sejak dari tahun 1980-an,pernah menduduki hieraki tertinggi dalam parti sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP (2001) dan Naib Presiden DAP (2004), namun mengumumkan keluar parti pada 2013 selepas tidak sehaluan dengan penasihat parti itu, Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP.

Ketika mengumumkan keluar parti, sekaligus, Zulkifli turut melepaskan jawatan parti dan jawatan bergaji iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang dan Pengarah Penang Global Tourism.

Zulkifli dianggap pewaris generasi Melayu dalam DAP daripada Ahmad Nor selepas itu legeasi mereka dirampas oleh Zairil Khir Johari yang dilabelkannya sebagai ‘Melayu’ istimewa.

Deklarasi Setapak diikrarkan pada tahun 1967 iaitu selepas setahun penubuhan DAP.

Kajian ilmiah Abdul Halim Ramli dan Mohammad Redzuan Othman menyebut;

“Deklarasi Setapak 1967” telah meletakkan asas perjuangan DAP untuk mengimplimentasikan prinsip kesamarataan kaum, keadilan sosial dan ekonomi dalamsemua peringkat sama ada dalam aspek politik, sosial, ekonomi dan pendididikan.

“DAP menolak pengkelasan rakyat kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera, hegemoni kaum dan menentang sistem yang mendiskriminasikan rakyat sama ada dalam perlantikan dan kenaikan pangkat di sektor awam dan swasta.”

dap

dap1

dap2

dap3
dap4
Selanjut sila klik di sini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s