PKR Jawab Mohd Amar, Dakwa PAS Amal Politik Tikam Belakang

sani1SHAH ALAM: Pemimpin PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid secara sinis mengingatkan PAS agar tidak lupa kejadian pertindihan kerusi yang membabitkan dua parti itu pada pilihan raya umum yang lalu.

Tegasnya walaupun PKR-PAS bersahabat, terutama ketika menjalin hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka perlu akur kepada kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik parti.

“Siapa yang tikam belakang, siapa yang bersahabat?

“Tikam belakang, berlawan tiga penjuru, letak calon di Terengganu seramai tiga orang, Selangor seorang, Pulau Pinang seorang. Komen saya, untuk bersahabat, kita kena nilai kepentingan orang ramai. Jika ada kepentingan itulah satu-satunya payung untuk meletakkan persahabatan itu,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-PAS menjadi barah dalam hubungan mereka sewaktu kewujudan Pakatan Rakyat (PR).

PAS-PKR sebelum ini bertelagah dalam meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera. Sementara di Pulau Pinang di DUN Sungai Acheh, Selangor di DUN Kota Damansara dan Johor pula di DUN Panti.

Reaksi Abdullah Sani itu diberikan selepas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan partinya tidak mengamalkan budaya tikam belakang, terutama dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik.

Beliau mengingatkan PKR agar tidak ‘berperangai’ seperti parti serpihannya, Amanah meskipun dua parti berkenaan bekerjasama dalam Pakatan Harapan (PH).

Bukan itu sahaja Mohd Amar turut mengingatkan PAS bukan ‘tangga’ untuk batu loncatan mana-mana pihak sehingga partinya dilupakan apabila ada pihak yang sudah sampai ke atas puncak.

Abdullah Sani, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ketika mengulas lanjut bagaimanapun enggan ‘melayan’ peringatan berkenaan kerana apa yang penting adalah persiapan parti-parti pembangkang untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Kita tidak berwatak begitu.

“Waktu ini adalah waktu bersiap siaga untuk berperang dengan Umno-BN. Itu jelas. Masa untuk bercakap soal integriti dan sebagainya, kita pinggirkan, tumpu untuk tumbang Umno-BN,” tegasnya – AP

Advertisements

2 thoughts on “PKR Jawab Mohd Amar, Dakwa PAS Amal Politik Tikam Belakang

  1. Walau apa pun ,PKR kena akui bahawa kemenangan PKR di kebanyakan kerusi adalah kerana sokongan ahli Pas.kalau harapkan ahli PKR,satu kerusi pun PKR tak boleh menang apa tah lagi kalau Pas mengambil sikap berdegail tidak mahu menyerahkan kerusi tradisi mereka kepada PKR.Bayangkan ,kerana ehsan Pas PKR boleh menang di kawasan mereka ketandusan ahli dan jentera pilihanraya.

    Sebenarnya Pas sekarang masih silap kerana sanggup terus bersingkokol dgn PKR,sedangkan sebenarnya tidak ada satu apa pun yg Islamiknya berkaitan dgn PKR.Para pemimpin mereka yg berasal dari ABIM pun bukan lah serasi sangat dgn PAS,lihat saja Anuar Tahir,yg lebih rela bersama PAN.Para pemimpin utamanya pula ,alahai ,malas nak cerita kalau Pas masih tak faham mengenai mereka,susahlah nak jadi parti yg berwibawa ,biar pun mengaku parti Islam.Bersangka baik biar berpada ,kerana silap langkah jatuh bersubahat dgn kemungkaran pula.

    Like

  2. berlaku juga pertembungan calon di pilihanraya negeri sarawak antara dap dan pkr. kenapa saifuddin bisu? knp abdullah sani bisu?
    sekurang2nya pas ada alasan. maka atas alasan apa pkr khianat???

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s