Kelemahan Pimpinan Muhyiddin Punca Parti Kucar Kacir – Aktivis PPBM

AMPANG: Seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberitahu krisis yang berlaku dalam parti berpunca daripada kelemahan kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Syed Saifuddin Syed Harman yang juga bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata, parti serpihan Umno itu meneruskan survivalnya kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keadaan ini menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi serta sebilangan ahli tidak setuju Muhyiddin diangkat sebagai presiden.

Syed Saifuddin Syed Harman (kiri)
Syed Saifuddin Syed Harman (kiri)
“Selain daripada Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin dan timbalannya, Mukhriz masih tidak dapat menyesuaikan diri sebagai pemimpin.

“Presiden contohnya masih gagal menunjukkan kredibiliti yang boleh dibanggakan,” katanya kepada Antarapos.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengguguran jawatan Ketua Srikandi terhadap Anina bermula daripada perbalahan pemimpin wanita itu dengan Naib Presiden parti itu, Datuk Hamidah Osman.

Kelemahan Muhyiddin sebagai Presiden parti yang gagal mengawal konfrantasi antara kedua pemimpin itu juga menjadi faktor kepada insiden ‘pengguguran jawatan’ Anina itu.

“Ada digambarkan oleh pihak dalaman (parti), tapi saya rasa ramai yang sudah tahu.

“Ada serangan dari dalam (parti) secara bertubi-tubi dan disambut oleh orang luar,” tambahnya.

Anina sebelum ini dikatakan telah digugurkan daripada jawatan Ketua Srikandi namun mendakwa tidak mendapat sebarang surat rasmi daripada pihak pengurusan parti.

Walau bagaimanapun, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor berkata tidak timbul isu bekas ahli Wanita Umno Langkawi itu ‘digugurkan’ kerana parti tidak pernah melantik Anina mengetuai sayap wanita secara rasmi.

Anina sebelum ini dipecat dari Umno selepas lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Syed Siafudin berkata parti yang baru bertapak beberapa bulan dalam arena politik negara itu hanya bergantung kepada kredibiliti yang terdapat pada Mahathir.

“(PPBM) ada sedikit kelemahan, dari segi kepimpinan dalam parti.

“Parti ini dilihat dipimpin oleh seorang pemimpin saja. Saya tidak nampak Tun Mahathir dibantu oleh pemimpin lain.

“Parti ini sebenarnya bergantung penuh pada aura Mahathir,” katanya – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s