RPK : Bukti DAP Anti-Melayu, Islam & Monarki

azan1AIDCNews -03/01/17 –Pengendali laman Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan fakta-fakta membuktikan DAP adalah sebuah parti anti-Islam, anti-Melayu dan anti-monarki.

Kenyataan RPK seperti berikut :

Lim Kit Siang telah mencabar dan saya mahu menerima cabaran itu dan membuktikan bahawa beliau telah menyatakan banyak kali pada masa lalu melalui ucapan, perbuatan dan tindakan berdiam diri beliau, secara tersurat dan tersirat, bahawa beliau adalah anti-Islam, anti-Melayu dan anti-monarki.

Untuk tempoh masa yang lama ia telah menjadi dasar rasmi DAP untuk tidak menerima anugerah dan pingat daripada Raja-raja kerana ia bertentangan dengan pendirian DAP yang anti-feudal dan anti-monarki. DAP juga mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jika mereka perlu mematuhi kod pakaian apabila menghadap Raja, maka mereka lebih suka untuk tidak menghadap Raja. DAP tidak kisah mengenakan pakaian barat tetapi bukan apa-apa pakaian yang dikaitkan dengan orang Melayu atau Islam walaupun ia adalah tuntutan protokol.

Pada tahun 1990, Tengku Razaleigh Hamzah menjemput DAP dan PAS untuk membentuk pakatan pembangkang dengan Semangat 46. DAP berkata ia akan bersetuju untuk bergabung dengan Semangat 46 hanya jika PAS tidak termasuk dalam pakatan itu melainkan jika PAS pertama sekali secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan undang-undang syariah Islam dan juga idea sebuah ‘theological state’ dan bersetuju untuk menerima ‘secular state’.

Oleh kerana PAS tidak bersetuju untuk meninggalkan kedua-dua syariah dan ‘theological state’, DAP tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan PAS. Semangat 46 kemudian terpaksa membentuk dua pakatan berasingan – satu dengan DAP yang dipanggil Gagasan Rakyat dan satu lagi dengan PAS yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah.

Pada tahun 1999, PAS telah mengumumkan bahawa ia akan melihat isu syariah dan ‘theological state’ sebagai perkara kedua dan menumpukan dahulu kepada menggulingkan kerajaan. DAP kemudiannya bersetuju untuk membentuk pakatan dengan PAS, PKR dan PRM yang dipanggil Barisan Alternatif. Tetapi DAP tidak mencapai prestasi yang baik dalam pilihan raya itu manakala PAS memenangi paling banyak kerusi. Tambahan pula, Lim Kit Siang dan Karpal Singh kehilangan kerusi mereka.

Pada 21 September 2001, sepuluh hari selepas 911, DAP mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan Barisan Alternatif dan, pada tahun 2004, menghadapi pilihan raya umum secara solo. Alasan yang DAP berikan adalah bahawa ia menentang pindaan undang-undang syariah di Terengganu walaupun negeri itu sudah mempunyai undang-undang syariah lama sebelum Thailand menyerahkan Terengganu kepada British pada tahun 1909. Pilihan raya umum 2004 merupakan yang terburuk dalam sejarah pembangkang, yang membuktikan bahawa DAP membuat keputusan yang sangat teruk dengan meninggalkan Barisan Alternatif dan bergerak secara solo.

Menyedari bahawa sebagai parti solo DAP tidak akan dapat pergi jauh, ia sekali lagi bersetuju untuk menyertai PAS dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Tetapi PAS, sekali lagi, perlu bersetuju bahawa pakatan itu akan bertindak atas konsensus dan PAS tidak akan terus memperjuangkan undang-undang syariah dan ‘theological state’.

Selepas pilihan raya umum 2013, DAP mendesak penyingkiran Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, untuk digantikan dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail. DYMM Sultan Selangor, bagaimanapun, tidak akan menerima Wan Azizah dan baginda menyatakannya dengan jelas. Baginda juga mahu nama tiga calon dan bukan hanya satu, seperti apa yang DAP dan PKR berkeras mahukan. Jadi PAS mematuhi titah diraja itu.

DAP dan PKR kemudiannya mencabar Sultan dan menuduh baginda melanggar Perlembagaan. DAP dan PKR, bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada mereka bercakap tentang Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri dan Perkara dalam Perlembagaan yang mana yang mereka katakan. DAP dan PKR menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan dan mengajar rakyat untuk membenci Sultan (seperti yang berlaku di Perak beberapa tahun sebelum ini pada tahun 2009).

Oleh kerana Wan Azizah gagal untuk menjadi Menteri Besar Selangor, mereka mahu menghukum PAS kerana tidak mengingkari Sultan. Tetapi mereka tidak boleh mengatakan bahawa mereka mahu menghukum PAS kerana ia enggan mengingkari Sultan. Jadi DAP menggunakan RUU355 sebagai alasan.

Pada asasnya, RUU355 adalah pindaan kepada undang-undang syariah yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan 24 tahun yang lalu pada tahun 1993. Ini tidak menjadi masalah pada tahun 1999 apabila DAP menyertai Barisan Alternatif atau pada tahun 2008 apabila DAP menyertai Pakatan Rakyat. Hari ini ia menjadi satu masalah kepada DAP kerana mereka memerlukan ini sebagai alasan untuk menghukum PAS kerana tidak menentang Sultan Selangor.

Tindakan DAP menggunakan RUU355 sebagai alasan untuk memecahkan Pakatan Rakyat dan membentuk Pakatan Harapan telah mencetuskan Islamofobia di Malaysia. Islam kini dilihat sebagai agama pariah yang mesti dihentikan dengan apa jua cara pun kerana Islam adalah agama yang berbahaya yang melanggar kebebasan awam dan hak asasi manusia. Tambahan pula, jika orang bukan Islam tidak menentang RUU355, maka, sebaik sahaja ia diluluskan, ia akan memberi kesan kepada orang bukan Islam dan orang bukan Islam akan dikenekan pemenggalan kepala dan pemotongan anggota badan, kata DAP.

Kempen kebencian DAP telah berjaya dan kini orang bukan Islam membenci Islam dan melihat Islam sebagai berbahaya dan agama yang mesti dihapuskan. DAP telah merosakkan hubungan antara kaum dan satu gelombang Islamofobia sedang melanda Malaysia. Islam, orang Islam, orang Melayu dan Raja-Raja merupakan subjek serangan dan rakyat Malaysia tidak lagi takut untuk mengata tentang Islam, umat Islam, orang Melayu dan Raja-Raja, yang mana sebelum ini mereka tidak pernah melakukannya.

****************

Pemimpin DAP menyatakan bahawa dakwaan beliau adalah seorang komunis dan punca rusuhan 13 Mei hanya muncul selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008.

(Free Malaysia Today) – Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah mencabar pemimpin Umno dan cybertrooper untuk membuktikan bahawa beliau pernah bercakap atau menulis apa-apa yang berupa anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu dalam tempoh 51 tahun beliau dalam politik.

Dalam ucapannya pada majlis dialog di Raub, Pahang hari ini, Lim berkata bahawa beliau telah menulis dan bercakap hampir setiap hari sepanjang 51 tahun yang lalu dan bahawa setiap perkataannya adalah secara terbuka.

“Mereka (pemimpin Umno dan cybertrooper) dialu-alukan untuk meneliti apa yang saya katakan atau tuliskan sepanjang 51 tahun yang lalu, termasuk bilik rekod kenyataan saya, buku-buku, kaset dan video dalam Cawangan Khas, untuk mengemukakan bukti bahawa saya anti-Melayu, anti-Islam dan anti- Raja-Raja Melayu.”

Beliau bagaimanapun berkata bahawa kegagalan penuduhnya untuk mengemukakan bukti itu adalah bukti politik kebencian, kepalsuan dan berita palsu Umno.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Lim berkata, beliau telah dituduh sebagai komunis semasa pemberontakan Malaya serta menjadi punca rusuhan 13 Mei 1969.

Katanya, beliau tidak pernah beroperasi secara rahsia seperti yang didakwa, bahkan beliau juga tidak beraada di Kuala Lumpur semasa rusuhan kaum 13 Mei itu tercetus.

Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata dakwaan beliau sebagai punca rusuhan 13 Mei dan seorang komunis tidak pernah dibuat sebelum pilihan raya umum 2008, di mana kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di Parlimen buat kali pertamanya.

“Mengapa? Sebab-sebabnya adalah mudah. Tidak ada asas atau kebenaran kepada pembohongan dan penipuan itu!

“Kepimpinan Umno empat Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad, tidak pernah membuat kedua-dua tuduhan itu terhadap saya kerana Cawangan Khas pada masa itu akan tahu sama ada saya telah menjadi punca rusuhan pada 13 Mei 1969 atau sama ada saya seorang komunis.”

Lim menggesa pemimpin Umno dan cybertrooper untuk menghentikan politik pembohongan, kepalsuan, berita palsu dan kebencian mereka jika mereka benar-benar sayangkan Malaysia kerana politik kotor seperti itu akan menganiaya pembangunan negara.

“Kita boleh berfikiran berbeza, bagaimanapun kuat atau lantang pun, mengenai apa yang terbaik untuk Malaysia tetapi janganlah kita mengabaikan kesopanan, kebenaran, kejujuran dan kehormatan, atau kita akan menghadapi risiko menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagal dan tidak jujur.”

judi

Advertisements

2 thoughts on “RPK : Bukti DAP Anti-Melayu, Islam & Monarki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s