Kerajaan Selangor Dipuji Berjaya Kuatkuasakan Peraturan 20 Sen Untuk Beg Plastik

azminAIDCNews -04/01/17 –Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipuji kerana telah berjaya menguatkuasakan peraturan setiap pengguna perlu membayar 20 sen untuk beg plastik sebagai menyokong kempen “Hari Tanpa Beg Plastik”.

“Keputusan kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk setiap beg plastic yang digunakan di negeri itu, mendapat sambutan baik dari semua peniaga dan majority peniaga dan pemilik pasaraya.

“Sebelum ini peraturan tersebut hanya dilaksanakan pada hari Sabtu sajadan ia ternyata merugikan peniaga kerana tidak banyak keuntungan yang dibuat hasil dari penjualan beg plastik ini bila ia hanya ‘dibayar’ seminggu sekali.

“Tapi setelah keputusan terbaru ini bermaksud peniaga dan pemilik pasaraya di seluruh negara boleh membuat lebih banyak wang hasil dari penjualan plastik saja.

“Seperti yang semua orang tahu, kos pembuatan plastik ini hanya sekitar 1 – 3 sen satu, tapi sekarang ia akan dijual 20 sen satu, itu bermaksud keuntungan beratus peratus. Hasil dari perlaksanaan penggunaan beg plastik pada hari Sabtu sebelum ini, peniaga mampu mendapat sekitar RM 500 sehari secara purata bagi sebuah pasaraya besar.

“Dengan kadar sekarang, dijangka peniaga mampu menjana pendapatan lebih RM 5,000 sebulan – hasil penjualan beg plastik sahaja. Ini sudah tentu menguntungkan peniaga dari semua segi.

“Terima kasih Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali,” puji laman negarapakatanrakyat.com.

Pada 21 Disember lalu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong dilaporkan berkata, bekas makanan polisterina dan beg plastik tidak akan dibekalkan peniaga secara percuma mulai 1 Januari lalu.

“Undang-undang pihak berkuasa tempatan berkaitan hal itu sudah dikaji bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju mengamalkan kempen bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan,” kata Adun Bukit Lanjan itu.

Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Advertisements

One thought on “Kerajaan Selangor Dipuji Berjaya Kuatkuasakan Peraturan 20 Sen Untuk Beg Plastik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s