PPBM Gesa Anina Buat Laporan Dakwaan Skandal Seks

PETALING JAYA: Anina Saadudin perlu membuat laporan polis berhubung dakwaan skandal mesej seks yang dikaitkan kepadanya, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tariq Ismail.

Tariq percaya hal peribadi tidak patut disiarkan kepada orang ramai, tetapi memandangkan dakwaan itu sudah tersebar, Anina perlu cuba mematikan semua spekulasi dengan mengambil tindakan undang-undang.

“Ia sudah tak terkawal. Dia perlu jawab dakwaan itu dan membuat laporan polis supaya pihak terbabit dipertanggungjawabkan,” katanya kepada FMT.

Skandal itu didakwa didedahkan oleh bekas pembantu Anina dan menurut Anina, ia menjadi sebab kepimpinan PPBM melucutkan jawatan ketua srikandi yang disandangnnya.

Tariq bagaimanapun menafikannya dan berkata sayap srikandi belum ditubuhkan.

Seorang lagi ahli MT, Kamarulazman Habibur Rahman tidak bersetuju dengan gesaan Tariq dan berkata Anina tidak perlu cari polis jika dia merasakan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Bergantung kepada dia, kalau dia mahu buat laporan polis atau tidak. Bagi saya, takkanlah saya perlu cari polis setiap kali ada orang bercakap buruk mengenai saya.

“Saya tak perlu beri perhatian kalau orang itu bercakap tanpa fakta,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ketika ditanya tindakan PPBM seterusnya dalam menangani skandal yang mencetuskan perbalahan dalam kalangan ahli, dan adakah MT akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab, Tariq berkata:

“Ramai pemimpin parti tiada di sini ketika ini. Sekembalinya semua ahli MT nanti, kami akan bersidang dan membincangkan perkara berbangkit.

“Saya nasihatkan ahli parti supaya bertenang dan biarkan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bantu kita selesaikan masalah ini.”

Beliau juga mendakwa ada desakan dalam kalangan aktivis parti, yang menyebabkan wujudnya puak dalam parti – FMT

Advertisements

One thought on “PPBM Gesa Anina Buat Laporan Dakwaan Skandal Seks

  1. Mcm mana org mcm ni boleh dpt tempat sdgkan Khairuddin dan Anina yg lebih bnyk berjasa kpd gerakan Pro Tun? Sekatak katak Ezam pun dia ada nama dan dikenali. Tiga2 ini mampu jadi whistle blower yg baik dan digeruni. Kalau dlm PKR/DAP org2 mcm inilah yg mereka cari. Ada something wrong dgn pemikiran org atas. Mungkin sedar keupayaan ketiga tiga bekas ahli ini tak boleh dibuat main. Lucu pula dengar nama “org Mukhriz” yg sebenarnya 100% masih berlindung di bwh daddy dan uncle2 team elit Langkawi nya yg diketuai uncle Daim.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s