Kes Rasuah Guan Eng & Phang Tetap Akan Dibicara Mac Depan

AIDCNews -06/01/17 – Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan tetap dibicarakan pada Mac depan sebagaimana yang telah dijadualkan sebelum ini, kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu berkata demikian selepas peguam Datuk V Sithambaram yang mewakili Phang memaklumkan pihaknya memfailkan notis usul itu 2 minggu lepas manakala peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim memberitahu pihaknya akan memfailkan permohonan sama hari ini untuk mencabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Untuk permohonan baharu daripada Phang dan Guan Eng itu, hakim Hadhariah menetapkan tarikh pendengaran pada 7 Februari ini.

“Tarikh pendengaran notis ini akan diberikan pada 7 Februari memandangkan kedua-duanya permohonan sama iaitu untuk mengisytiharkan Seksyen 62 tidak berperlembagaan dan syarat saya tarikh perbicaraan pada Mac tidak akan dipinda,” katanya.

Permohonan Guan Eng & Phang Cabar Akta SPRM Didengar 7 Feb

Pada 6 Dis lalu, hakim Hadhariah telah menetapkan perbicaraan kes rasuah Guan Eng dan Phang selama 34 hari bermula 27 Mac 2017.

“Perbicaraan kes ini akan bermula pada 27 Mac depan dan ia akan dijalankan lima hari selang seminggu sehingga 27 Julai 2017.

“Saya mahu pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan fakta dan isu yang akan dibicarakan. Jangan bazirkan masa mahkamah.

“Pihak pendakwa perlu bersedia. Kita tak boleh lengahkan lagi. Sila bersedia pada 6 Januari untuk pengurusan kes,” katanya.

Walau bagaimanapun pada pengurusan kes yang diadakan hari ini, Guan Eng dan Phang dilihat cuba melengah-lengahkan perbicaraan dengan memfailkan permohonan baharu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s