MCA : Semua Kuasa DAP Terletak Di Tangan Kit Siang

AIDCNews -06/01/17 – Semua kuasa DAP pada hakikatnya terletak di tangan Lim Kit Siang, walau apapun jawatan yang disandangnya kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Dalam parti DAP tidak ada demokrasi… dalam parti itu yang ada hanya Lim Kit Siang dan anaknya (Lim Guan Eng) sdn berhad. Ia satu syarikat bapa dan anak.

“(DAP) bukan parti. Kalau kita tengok parti, MCA sudah tukar presiden 10 orang. (Tetapi) Lim Kit Siang (dalam DAP) hanya seorang sahaja, sejak parti itu wujud sampai sekarang.

“Apabila dia (Kit Siang) jadi Pengerusi (DAP), dia yang paling berkuasa. Apabila dia jadi Setiausaha Agung (DAP), dia yang paling berkuasa.

“Sekarang, dia (Kit Siang) tidak memegang Setiausaha Agung atau Pengerusi, dia hanya jadi penasihat, (tetapi) dia juga yang paling berkuasa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kit Siang semalam yang mendakwa masih menunggu keputusan parti untuk menentukan kedudukan sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah yang diwakilinya atau bertanding di kawasan lain pada PRU 14.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata tidak menghairankan jika Kit Siang berpindah ke kawasan lain kerana sifat semula jadinya suka lari dari tanggungjawab.

“Lim Kit Siang, kita tahu dia selalu lari daripada kawasan ke kawasan. Itu memang cara dia untuk mengelak daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

“(Sebelum ini bertanding) Beliau daripada Melaka sampai ke Pulau Pinang, kemudian pergi ke Ipoh, dari Ipoh pergi ke Johor, (lepas ini) tak tahu ke mana (dia) nak pergi lagi lah,”katanya lagi.

kit

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s