PAN Melenting Dibaratkan Sebagai ‘Penyapu DAP’

panAIDCNews -06/01/17 – Parti Amanah Negara (PAN) melenting apabila parti serpihan PAS itu diibaratkan seperti ‘penyapu DAP’.

Pengerusi PAN Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang mendakwa partinya sebagai ‘penyapu DAP’ sebagai lebih sudu dari kuah dan berunsur fitnah.

Marah dengan label itu, Zulkefly pula mengitar semula tuduhan yang pernah dilemparkan partinya sebelum ini yang memperlekehkan usaha Khairuddin bersama dengan menteri UMNO ke Britain untuk menjelaskan isu berkaitan dengan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana.

“Sepatutnya Khairuddin dan PAS menjelaskan tentang RUU 355 kepada kumpulan-kumpulan sasar di Malaysia khususnya anggota Parlimen dan bukan membuang masa menjelaskan tentang RUU 355 di luar negara,” katanya kepada portal pro PAN, Malaysia Dateline.

Pada 2 Jan lalu, Khairuddin berkata Kesungguhan PAN mempertahankan DAP sejak kebelakangan ini membuatkannya kelihatan ibarat `penyapu’ kepada parti anti-Islam itu.

Beliau berkata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad sendiri menjadi wira dan benteng DAP, termasuk menentang agenda memperkasakan RUU355.

“Apabila orang seperti Khalid `meroyan’ dengan kehadiran pimpinan PAS pada majlis penjelasan Islam anjuran UMNO, ia menunjukkan PAN bimbang dengan peningkatan imej PAS pada mata rakyat,” katanya.

Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mengulas kenyataan Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bahawa PAS hanya membantu memulihkan tanggapan negatif terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN) dengan menyertai program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, anjuran UMNO di luar negara.

Khalid menyifatkan langkah PAS itu sebagai pendekatan yang `tidak sesuai’ kerana kehadiran beberapa pemimpin PAS antaranya Khairuddin dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin, bersama Jamil Khir pada sebuah majlis anjuran Kelab UMNO di London menjadi perhatian, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Antara program dianjurkan ialah penjelasan RUU 355 iaitu inisiatif PAS yang disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

Khairuddin berkata, kehadiran pemimpin PAS dalam program penjelasan RUU 355 itu adalah antara siri penerangan bagi menjelaskan PAS konsisten memperjuangkan Islam.

“Jika UMNO bersedia membantu PAS dalam usaha RUU 355 menunjukkan UMNO semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam. Itulah kejayaan dakwah PAS.

“PAS akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli UMNO,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s