Permohonan Guan Eng & Phang Cabar Akta SPRM Didengar 7 Feb

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Februari untuk mendengar permohonan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang menghadapi pertuduhan rasuah, supaya Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 diisytiharkan tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas peguam Datuk V Sithambaram yang mewakili Phang memaklumkan pihaknya memfailkan notis usul itu 2 minggu lepas manakala peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim memberitahu pihaknya akan memfailkan permohonan sama hari ini.

Seksyen 62 menetapkan selepas pihak pendakwaan menyerahkan dokumen, tertuduh hendaklah menyerahkan antaranya pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan.

Hakim juga menetapkan tarikh sama bagi pengurusan kes pertuduhan rasuah dihadapi Lim dan Phang berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Beliau turut menegaskan tarikh perbicaraan ditetapkan sebelum ini pada 27 Mac hingga 21 Julai dikekalkan dan tidak mahu tarikh perbicaraan yang dipersetujui kedua-dua pihak disia-siakan.

“Tarikh pendengaran notis ini akan diberikan pada 7 Februari memandangkan kedua-duanya permohonan sama iaitu untuk mengisytiharkan Seksyen 62 tidak berperlembagaan dan syarat saya tarikh perbicaraan pada Mac tidak akan dipinda,” katanya.

Hakim berkata Akta Rasuah sudah lama wujud begitu juga dengan Seksyen 62 yang sudah lama wujud dan tidak ada sesiapa boleh meminda seksyen tersebut.

“Bagaimanapun saya tidak boleh menghalang peguam untuk memfailkan notis tersebut, fungsi mahkamah hanyalah untuk mentafsirkannya,” katanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud berkata semua dokumen yang berhalaman 13,000 helaian diserahkan kepada pihak pembelaan dengan lengkap.

Lim dan Phang tidak hadir di mahkamah kerana mereka dikecualikan hadir semasa prosiding pengurusan kes hari ini.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu ketua menteri menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.

Nilaian semasa hartanah itu RM4.27 juta dengan Lim mengetahui Phang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town, pada 28 Julai 2015, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas pemilik banglo itu, Phang turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk diri Lim, lot tanah dan rumah itu di tempat dan pada tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan -BERNAMA

Advertisements

5 thoughts on “Permohonan Guan Eng & Phang Cabar Akta SPRM Didengar 7 Feb

  1. Org miskin kalau kena tuduh kat mahkamah terpaksa jawab tuduhan tersebut kerana tak dak wang nak amek loyar yg pandai2 utk cari jalan nak tangguhkan perbicaraan. Ada yg celen kesahihan akta, ada yg memohon tuduhan ditarik balik sebelum perbicaraan dsb. Org kaya boleh manupulasi undang2 utk menguntungkan diri mereka dgn menggunakan kekayaan mereka. Itu pula kalau mahkamah tinggi tak memihak mereka, mereka rayu lagi sampai ke mahkamah persekutuan…..tangguh lagi, lagi dan lagi. Itulah resam yg berlaku di seluruh dunia

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s