Bekas Pengerusi BERSIH Sabah Sertai DAP

AIDCNews -09/01/17 – Bekas Pengerusi BERSIH Sabah 2.0, Jannie Lasimbang menyerahkan borang keahlian menyertai DAP dalam satu majlis Sabtu malam.

Penyerahan borang keahlian itu diberikan kepada Pengerusi DAP Sabah, Steven Wong Tien Fatt, disaksikan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang, ahli jawatankuasa DAP Sabah dan hadirin sempena Rumah Terbuka Natal, DUN Kepayan yang dianjurkan ADUN DAP Kepayan yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Edwin Bosi.

dap-kris

Menurutnya, Naib Presiden DAP Kebangsaan, Teresa Kok, dalam majlis itu ibu Jannie juga turut menyertai DAP.

“Abangnya Adrian Lasimbang telah menyertai DAP di Sabah dua tahun lalu, Adrian telah aktif bekerja di kawasan pedalaman Sabah untuk satu tahun yang lalu,”kata Teresa Kok dalam Facebook.

ronnie
ronnie1

FMT melaporkan melaporkan kemasukan Jannie ke dalam DAP akan memberi ancaman kepada Darell Leiking, Ahli Parlimen Penampang.

“Langkah Jannie datang di tengah-tengah spekulasi beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Penampang pada pilihan raya umum akan datang (PRU14).

“Kawasan itu kini dipegang Darell Leiking, yang sebelum ini menyertai PKR, dan kini bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai timbalan presiden,”lapornya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s