Lajim Ukin Boikot Pakatan Harapan Sabah

AIDCNews -09/01/17 –Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Ukin tidak hadir, malah tidak menghantar wakil dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan Sabah yang diadakan semalam.

Pelancaran PH Sabah itu diadakan selepas majlis menandatangani perjanjian di antara tiga parti; Stephen Wong ( Pengerusi DAP Sabah), Christina Liew (Pengerusi PKR Sabah) dan Hamzah Abdullah (Pengerusi PAN Sabah).

Majlis pelancaran PH Sabah itu turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah wakil parti tempatan, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Gabungan Sabah.

Bercakap kepada FMT, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong berkata PH Sabah sentiasa terbuka kepada rundingan dengan parti pembangkang tempatan, namun setiap parti tidak boleh bersaing untuk menjadi ‘abang besar’.

“Jika semua orang mahu menjadi ‘taikor’ (abang) dan meminta sebahagian besar kerusi dan mengharapkan orang lain memberi laluan, maka ia akan menjadi sukar,”katanya.

Lajim Ukin, bekas Pengerusi PKR Sabah yang mengumumkan keluar parti pada Okt. tahun lepas untuk menerajui parti baharu, Parti Harapan Sabah berkata partinya hanya menjalinkan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang tempatan sahaja.

DAP, PKR dan PAN adalah parti Semenanjung dan bukan parti tempatan.

Lajim berkata, partinya akan menyertai USA (Gabungan Sabah) yang kini terdiri daripada gabungan tiga parti sebagai sebuah parti komponen, iaitu Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Reformasi Negeri (Star).

Namun, Parti Warisan Sabah diketuai oleh bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga parti tempatan tidak bergabung dengan USA.

“Kami buat keputusan Parti Harapan Rakyat Sabah akan menyertai Gabungan Sabah bagi berdepan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha meningkatkan peluang mengalahkan parti pemerintah,” kata Lajim pada satu perhimpunan di Kuala Penyu, Ahad.

Lajim berkata beliau yakin empat parti USA itu boleh mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi di kalangan mereka.

“Malah kita juga boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan, dengan syarat mereka akan membuka jalan bagi parti-parti yang berpengkalan di Sabah mengetuai pertempuran di negeri ini,” katanya, sambil menambah adalah lebih baik parti-parti tempatan dibiarkan menguasai negeri, bukan parti yang berpusat di Semenanjung.

Advertisements

One thought on “Lajim Ukin Boikot Pakatan Harapan Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s