Muhyiddin Beri Lampu Hijau Jika Anina Mahu Letak Jawatan Ahli Majlis Tertinggi PPBM

AIDCNews -09/01/17 –Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti telah memecat Anina Saaduddin sebagai Ketua Srikandi dan masih dikekalkan Ahli Majlis Tertinggi parti, namun terserah kepadanya untuk meletakkan jawatan tersebut.

Beliau juga turut membayangkan, parti tidak gentar jika Anina mengambil sikap drastik mengumumkan keluar parti, namun berharap perkara itu tidak berlaku.

“Namun beliau (Anina) adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, jawatan itu masih kekal, itu terserah kepada Anina sama ada untuk meneruskan (pegang jawatan Ahli Majlis pimpinan Tertinggi parti) atau sebaliknya.

“Kita harap, walaupun beliau tidak dilantik (Ketua Srikandi), kita harap beliau akan terus kekal (dalam parti),”katanya.

Muhyiddin menjelaskan Anina pada awalnya diberi tugas untuk membentuk sayap wanita parti itu, namun Anina tidak mencapai piawaian untuk terus kekal sebagai Ketua Srikandi.

“Keputusan ini telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Ini bukan soal peribadi (Anina) tetapi soal berkaitan kepimpinan.

“Apabila kita mulakan dahulu, kita beri ruang untuk beliau (Anina) membantu supaya Srikandi dapat dibentuk.

“Tetapi kita tidak ada memutuskan (untuk menyambung) pelantikan (Anina) secara rasmi jawatan Ketua Srikandi.

“Kita dapati mungkin disebabkan keadaan tertentu, Puan Anina tidak mencapai sasaran yang kita harapkan. Keputusannya, dia tidak lagi dilantik menjadi Ketua Srikandi,”katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s